Liga Super: Jaringan Tunggal Kulmatov Pacu Terengganu Raih Kemenangan Pertama Musim 2023

Terengganu akhirnya berjaya memperoleh kemenangan pertama mereka musim ini selepas mengharungi empat perlawanan Liga Super untuk menundukkan PDRM menerusi keputusan penuh 1-0.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) itu, jaringan Terengganu berjaya terhasil pada minit ke-77 menerusi tonggak pertahanan mereka iaitu Sardor Kulmatov.

Walaupun tampil dengan sedikit perubahan di posisi serangan, masalah ketumpulan di posisi hadapan masih lagi membelenggu pasukan tersebut dengan banyak peluang disia-siakan.

PDRM jelas tampil bersedia pada perlawanan malam ini, selepas mereka dilihat berjaya mengimbangi kekuatan lawan dengan sangat baik, termasuk membuat satu percubaan menerusi Bruno Suzuki pada lima minit awal permainan.

Terengganu boleh dikatakan kerap membuat kesilapan-kesilapan kecil, seperti hantaran yang dibuat sesama sendiri tidak tepat dan mudah dieksploitasi pelawat bagi mencipta serangan balas pantas.

Memasuki 10 minit permainan, Terengganu mula meningkatkan intensiti mereka untuk terus memberi tekanan buat pertahanan PDRM menerusi gerakan-gerakan berbahaya dibuat.

Walaupun mencipta banyak peluang di hadapan gawang gol PDRM, jelas pasukan tuan rumah masih lagi buntu untuk mendapatkan jaringan pertama mereka selepas 25 minit aksi berlangsung.

Sebaliknya, PDRM hampir mencipta kejutan selepas ada beberapa gerakan dicipta sesekali berjaya mencemaskan pertahanan Terengganu yang diketuai oleh Shahrul Nizam.

Memasuki minit-minit akhir separuh masa pertama, Terengganu menggandakan asakan mereka dengan beberapa percubaan berbahaya berjaya dicipta bagi mendapatkan gol pertama mereka.

Namun benteng pertahanan lawan jelas sangat berdisiplin, selain penjaga gol PDRM iaitu Mohamad Ramdhan begitu tangkas mematikan segala ancaman yang tiba.

Sebelum wisel separuh masa pertama dibunyikan, Ramdhan terpaksa keluar lebih awal selepas dilayangkan kad merah kerana mencederakan pemain lawan di luar kotak penalti.

Tanpa seorang pemain, jelas PDRM lebih banyak bertahan di separuh masa kedua untuk lebih bertahan menyerap segala asakan dibuat oleh Terengganu.

Sardor Kulmatov akhirnya berjaya mendapatkan gol pertama buat Terengganu musim ini, selepas pertahanan import tersebut berjaya menyambut baik sepakan penjuru daripada Hairiey Hakim pada minit ke-77.

Pasukan pelawat jelas tiada sebarang percubaan berbahaya dapat dibuat ketika ini dengan mengharapkan serangan balas pantas sahaja pada penghujung separuh masa kedua ini.

Keputusan perlawanan kekal tamat dengan kemenangan akhirnya berpihak buat Terengganu pertama kali musim ini selepas mengharungi empat perlawanan dalam aksi Liga Super 2023.

Kesebelasan utama

Terengganu: Muhammad Rahadiazli Rahalim (Penjaga gol), Sardor Kulmatov, Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni (Kapten), Muhammad Azam Azmi Murad, Adisak Kraisorn, Habib Haroon Haroon Saeed, Sony Norde, Muhammad Alif Zakaria, Jordan Mintah, Liridon Krasniqi, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim

PDRM: Mohamad Ramdhan Ab Hamid (Penjaga gol), Muhammad Aliff Najmi Shaaini, Muhamad Norfiqrie Abdul Talib, Kyaw Min Oo, Bruno Junichi Suzuki Castanheira, Marcus Papee Macaulay, Dzulfahmi Abdul Hadi, Amir  Saiful Badeli (Kapten), Muhamad Arif Mohamed Anwar, James Onyekachukwu Okwuosa, Fadi Mahmoud Awad Saleh

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN