Arsenal berjaya melepasi pusingan keempat Piala FA dengan menyingkirkan pasukan Bournemouth.
Mikel Arteta meletakkan kepercayaan kepada pasukan muda beliau untuk aksi di Stadium Vitality.
Bukayo Saka, Eddie Nketiah, Joe Willock dan Gabriel Martinelli ternyata memberikan impak cemerlang di atas padang.
Arteta menurunkan 4 pemain di bawah 19 tahun untuk pertembungan di antara 2 kelab EPL pada pusingan keempat.
Kepercyaan Arteta terbalas. Dan beliau turut berjaya dalam percaturan beliau, yang pada masa yang sama dapat merehatkan pemain untuk aksi liga.
Bukayo Saka meletakkan Arsenal di hadapan seawal minit ke-5 lagi. Pemain muda itu merembat deras mengatasi penjaga gol.
Ia adalah gol berpasukan menepati gaya Arsenal. Dibina dengan 22 hantaran sebelum menerjah gawang.
22 – There were 22 passes in the build up to Bukayo Saka's opener for Arsenal, involving all 10 outfield players. Breakthrough. #FACup #BOUARS pic.twitter.com/FaYPxQcNGo
— OptaJoe (@OptaJoe) January 27, 2020
Eddie Nketiah yang baru sahaja kembali semula ke Arsenal – selepas tempoh pinjaman beliau di Leeds dipendekkan – turut memberikan impak.
Nketiah menjaringkan gol kedua Arsenal pada minit ke-26. The Gunner mendominasi perlawanan dengan sebaiknya.
3 – Bukayo Saka has both scored and assisted in three separate games for Arsenal this season (vs
Eintracht Frankfurt, Standard Liège and today against Bournemouth), no other player has done so more than once for the Gunners in 2019-20. Future. #FACup #BOUARS pic.twitter.com/3fzm8AEPgo— OptaJoe (@OptaJoe) January 27, 2020
Bournemouth cuba bangkit pada separuh masa kedua. Namun gol pertama mereka hadir terlalu lewat iaitu pada masa kecederaan oleh Sam Surridge.
Perlawanan berkesudahan dengan Arsenal menang 2-1 ke atas Bournemouth.
Arteta gembira dengan karakter yang ditunjukkan para pemain muda beliau.
“Kami bermain dengan skuad muda kerana saya nak meihat reaksi mereka. Saya sangat gembira, dan suka dengan banyak perkara pada malam ini.”
“Para pemain muda kami ada kesungguhan, mampu membuat keputusan, dan mereka semua sangat luar biasa. Itu bezanya pemain muda yang kami ada hari ini,” jelas Mikel Arteta selepas tamat perlawanan.
Lawan Arsenal di pusingan kelima adalah Portsmouth.
2003/04 – Arsenal will face Portsmouth in the FA Cup for the first time since the 2003-04 quarter final – the Gunners ran out 5-1 winners that day thanks to a goal from Kolo Touré and braces from Thierry Henry and Freddie Ljungberg. Progressed. #FACup #BOUARS pic.twitter.com/CMad6InUh4
— OptaJoe (@OptaJoe) January 27, 2020
Anda boleh saksikan rangkuman perlawanan di sini: