Piala FA: Aidil Sharin Bakal Beri Peluang Pemain Muda Beraksi

Menjelang aksi pusingan pertama saingan Piala FA 2022 malam esok, dijangka Kedah Darul Aman bakal menggunakan tenaga pemain muda mereka bagi menghadapi lawan yang berada di Liga M3 iaitu Sains FC di Stadium Darul Aman.

Setelah berjaya mencatat dua kemenangan berturu-turut dalam saingan Liga Super, skuad ini dilihat bermotivasi tinggi dan bakal merehatkan seberapa pemain utama bagi memberi laluan kepada pemain muda serta beberapa tonggak yang masih belum diberi peluang beraksi serta meningkatkan keyakinan atas padang.

Aidil Sharin Sahak selaku pengendali utama Kedah melihat barisan pemain muda yang berada bawah kedaliannya itu cukup bersemangat untuk mempamerkan aksi menarik bagi terus mencuri perhatian selain berusaha keras tanpa henti agar sentiasa bersedia jika diberi peluang membarisi kesebelasan utama Sang Kenari.

“Saya lihat pemain-pemain muda Kedah menunjukkan usaha mereka yang gigih bagi memastikan mereka bersedia untuk beraksi bersama pasukan apabila diperlukan.

“Pada aksi kali ini, lebih 50 peratus pemain yang telah beraksi dalam perlawanan sebelum ini berkemungkinan akan diganti dengan pemain lain yang lebih ‘fresh’ dan juga pemain muda.

“Jadi saya yakin mereka dapat menggalas tugas yang dirancang dan melaksanakan tugas seperti yang kami rancang untuk aksi pertama saingan Piala FA buat Kedah pada kali ini.” katanya menerusi Harian Metro.

Dalam masa sama, jurulatih berasal dari Singapura itu juga menegaskan kepada barisan pemain agar tidak sesekali mengambil mudah akan cabaran lawan meskipun Sains FC beraksi di Liga M3. Sebarang kesilapan yang dibuat akan memberi risiko besar buat pasukan seawal pusingan pertama ini.

“Usah ambil ringan dengan kemampuan yang ada pada pihak lawan walaupun dari liga berbeza, namun mereka mampu bekerja keras dan boleh melakukan kejutan.

“Bagi pasukan Kedah, kita mahu teruskan momentum kemenangan dan di masa yang sama memberi peluang kepada lebih ramai pemain dalam pasukan meningkatkan kemampuan mereka pada musim ini.” katanya.

Kedah antara pasukan yang sangat terkenal dalam pembikinan pemain muda berbakat. Beberapa nama seperti Syafiq Ahmad, Amirul Hisyam, Arif Farhan Md Isa, Farhan Roslan, dan Akhyar Rashid antara yang sudah mencipta nama dengan baik dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Untuk tahun ini, mereka masih mengekalkan tradisi untuk menyerap masuk beberapa lagi pemain muda supaya mendapat pendedahan yang baik serta bersedia untuk menggantikan beberapa pemain senior lain.

Antara bakat yang sedang digilap dan bakal membuat penampilan ialah Aiman Afif, Fikhri Zulkiflee dan Afeeq Iqmal. Untuk barisan pertahanan pula, Heshamudin Ahmad, Fareez Fadzil dan Kamil Akmal.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN