Piala FA: Aidil Sharin Anggap Felda United Beri Cabaran Sukar Buat Kedah

Aidil Sharin

Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak menyifatkan bahawa Felda United telah memberikan kesukaran buat anak buahnya dalam merintis perjalanan ke aksi final pada 27 Julai ini.

Ia terbukti apabila Felda United dilihat mempamerkan corak permainan yang lebih tersusun untuk kembali memberikan saingan sekaligus menjurus kepada kemenangan 3-2 memihak skuad bimbingan Nidzam Jamil itu.

Tuah bagaimanapun masih berpihak Kedah untuk menempah pertemuan menentang Perak apabila memiliki kelebihan jaringan di tempat lawan selepas aggregat menyaksikan terikat 3-3.

Menurut sumber Stadium Astro, Aidil Sharin meluahkan rasa syukur diatas kejayaan tersebut dan dalam masa sama turut memuji saingan diberikan Felda United.

“Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada pemain saya dan pasukan Felda United yang telah memberikan kami satu perlawanan sukar.”

”Kami menguasai separuh masa pertama tetapi segalanya berubah apabila pihak lawan berjaya menjaringkan gol pertama mereka,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan malam tadi.

“Anda boleh lihat Thiago Junio naik ke atas dari bawah untuk memberi masalah kepada kami. Ada dua pemain yang benar-benar mengancam benteng kami, iaitu Thiago dan Hadin Azman,” jelas Aidil Sharin lagi.

Kali terakhir Kedah melayakkan ke perlawanan akhir Piala FA adalah pada tahun 2017 yang turut menyaksikan mereka menjuarai saingan setelah menumpaskan Pahang dengan keputusan 3-2 hasil jaringan Ken Ilso dan dua gol kemudiannya disumbangkan oleh Baddrol Bakhtiar.

Kredit foto: Kedah FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN