John Henry Yakin Liverpool Mampu Julang Trofi EPL Musim Hadapan

Pemilik Liverpool, John Henry berkata fokus kelab akan beralih untuk muncul juara Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim hadapan – sekaligus menamatkan kemarau kejuaraan selama 30 tahun.

Musim lalu, Liverpool hanya dibezakan oleh satu mata berbanding Manchester City untuk berpuas hati menamatkan saingan di tempat kedua EPL.

Perebutan kejuaraan pada musim lalu turut menyaksikan persaingan sengit diantara kedua-dua kelab diheret ke hari terakhir saingan. Walaupun menang 2-0 menentang Wolves, Liverpool gagal menghalang anak buah Pep Guardiola menang mudah ke atas Brighton pada hari yang sama.

Tiga minggu selepas kekecewaan kerana gagal muncul juara liga, Liverpool mencipta sejarah di Eropah apabila menundukkan Tottenham 2-0 di Stadium Wanda Metropolitan untuk kejuaraan ke-6 kelab tersebut di peringkat benua.

Henry menyaksikan sendiri bagaimana pemain bermain dan menganggap kejuaraan di eropah adalah lebih besar daripada kejuaraan liga. Namun demikian pemilik dari Amerika Syarikat itu yakin Liverpool memiliki segala ramuan untuk muncul juara liga pada musim hadapan.

“Pada saya memenangi kejuaraan di Eropah itu adalah lebih besar daripada memenangi kejuaraan [liga] di England. Tetapi saya melihat penyokong begitu mahukan ia [kejuaraan liga],” kata Henry.

“Saya tahu Liverpool akan lebih memberikan fokus untuk memenangi kejuaraan EPL pada musim hadapan.”

MADRID, SPAIN – JUNE 01: Jurgen Klopp, Manager of Liverpool celebrates with the Champions League Trophy after winning the UEFA Champions League Final between Tottenham Hotspur and Liverpool at Estadio Wanda Metropolitano on June 01, 2019 in Madrid, Spain. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Walaupun tidak memenangi kejuaraan liga domestik pada musim lalu, Henry bagaimanapun menegaskan beliau amat berpuas hati akan keupayaan dan kesungguhan Jurgen Klopp dan barisan pemain dalam skuad sedia ada.

“Mereka [Klopp dan pemain] memberikan segalanya sejak hari pertama musim lalu, sehingga ke akhir kempen. Mereka menunjukkan keupayaan sebenar, dan memberikan segalanya.

“Mereka tidak peduli siapa lawan yang bakal dihadapi. Mereka berjaya bersaing dengan setiap pasukan dan semenangnya mereka layak untuk mendapatkan trofi.

“Akhirnya kami menamatkan musim dengan kejuaraan terbesar yang dipertandingkan, dan saya gembira untuk itu.”

MADRID, SPAIN – JUNE 01: Divock Origi of Liverpool scores his sides second goal during the UEFA Champions League Final between Tottenham Hotspur and Liverpool at Estadio Wanda Metropolitano on June 01, 2019 in Madrid, Spain. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Selain daripada itu, Henry turut menyatakan kelegaan beliau kerana Alex Oxlade-Chamberlain dan Adam Lalana telah cergas sepenuhnya.

Beliau juga menjangkakan Divock Origi akan memberikan lebih banyak impak bersama Liverpool pada musim hadapan.

“Saya berasa sangat yakin mengenai saingan [Liverpool] pada musim hadapan,” tambah Henry penuh keyakinan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN