Piala FA: 3 Perkara Tumpuan Menjelang Aksi Terengganu Menentang Kedah

Menjelang perlawanan pusingan kedua Piala FA 2022 membabitkan pertemuan antara Terengganu dan Kedah Darul Aman (KDA), pastinya banyak perkara menarik untuk diperkatakan dalam aksi tersebut.

Debaran juga pastinya dirasai oleh kedua penyokong kerana pasukan mana yang tewas tidak layak untuk beraksi di pusingan suku akhir menentang Kuching City.

Baik KDA atau Terengganu kedua pasukan tersebut mempunyai perjalanan tersendiri sebelum dipertemukan pada hari Rabu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak.

Ini ada tiga perkara tumpuan yang boleh dianggap menarik pada perlawanan tersebut pada malam esok.

Tumpuan kepada pemain import

Terengganu pada musim ini telah pun menandatangani dua bekas penyerang import KDA musim lalu iaitu Kpah Sherman dan Tchetche Kipre untuk memperkuatkan jentera serangan.

Musim lalu, mereka hanya bermain dengan satu pemain serangan sahaja dan kemasukan dua pemain import ini sebenarnya secara tak langsung mengubah falsafah yang diterapkan oleh Nafuzi Zain sebelum itu.

Selain itu kelibat Pape Diakite, Manuel Ott, serta Habib Haroon memberi peranan besar di posisi masing-masing musim ini untuk mengukuhkan kelab.

KDA pula telah menandatangani bekas pemain tengah berpengaruh Terengganu musim lalu iaitu Dechi Marcel sebagai jeneral baharu mereka.

Kemasukan Marcel dilihat berjaya memberi impak dengan baik di bahagian tengah KDA serta menjadi pemain paling sibuk merangkai dan mengawal tempo pasukan.

Selain Marcel, KDA juga telah menandatangani dua pemain import baharu yang cepat memberi impak positif buat skuad kendalian Aidil Sharin ini iaitu Sanrawat Detchmitr dari Thailand, serta pemain kebangsaan Jordan, Mahmoud Al-Mardi.

Dua lagi pemain import KDA musim ini ialah Marc Vales yang beraksi untuk skuad kebangsaan Andorra serta bekas penyerang Cameroon iaitu Ronald Ngah Wanja.

Wakil pemain Piala Asia Asia 2023 bakal beri semangat buat kedua pasukan beraksi

Seperti diketahui, Faisal Halim muncul sebagai antara pemain cemerlang dalam aksi kelayakan Piala Asia 2023 lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Tampil sebagai satu-satunya wakil Terengganu yang beraksi di saingan tersebut, pastinya motivasi beliau dalam keadaan terbaik setakat ini untuk memberi persembahan mantap.

Ditambah dengan jaringan gol pada perlawanan baru-baru ini ketika menentang Sri Pahang pastinya menaikkan lagi semangat beliau untuk memberi yang terbaik.

Walaupun KDA tidak ada wakil tempatan untuk bersama skuad kebangsaan kali ini dalam aksi kelayakan tersebut, mereka masih mempunyai pemain import baharu iaitu Mahmoud Al-Mardi.

Al-Mardi merupakan pemain kebangsaan Jordan yang juga telah melayakkan diri ke saingan Piala Asia pada tahun hadapan.

Semangat dan aura yang dibawa beliau dalam KDA dilihat memberikan impak apabila berjaya memberi persembahan positif buat pasukan.

Dalam aksi kelayakan lalu, pemain tengah menyerang ini juga berjaya mencatat satu gol ketika Jordan menentang Kuwait.

Perjalanan Aidil Sharin dan Nafuzi Zain awal musim ini

Kedua pengendali ini mempunyai masalah konsistensi pada awal musim apabila corak permainan cuba diterapkan oleh mereka tidak begitu memberikan hasil buat pasukan.

Nafuzi Zain pada awal dua perlawanan mencatat dua kekalahan berturut-turut di tangan Petaling Jaya City (JDT) serta Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum kembali bangkit merekodkan dua kemenangan menentang Sarawak United dan Selangor.

Dua perlawanan terakhir sebelum mereka mencatat kemenangan mengatasi Sri Pahang, Terengganu sekadar mengutip satu mata setelah menerima kekalahan mengejutka di tangan Penang serta sekadar seri bertemu Negeri Sembilan.

KDA pula tampil garang dalam empat perlawanan awal mereka setelah merekodkan dalam bentuk kemenangan. Namun, pasukan tersebut mula tersentak setelah mencatat kekalahan di tangan Selangor sebelum kembali meraih kemenangan mengatasi Penang.

Tiga perlawanan terakhir sebelum KDA berlepas ke Bali menyaksikan skuad tersebut sekadar meraih dua mata daripada tiga perlawanan dihadapi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN