Piala FA 2018: Selangor Hadapi Terengganu FC Tanpa Bimbingan Maniam

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) membuat kejutan apabila bertindak merehatkan pengendali pasukan Selangor, P. Maniam berkuatkuasa semalam, selepas skuad itu mengalami kemerosotan prestasi akibat tiga kekalahan berturut-turut, dalam Liga Super sekaligus terperosok ke tangga kelapan liga.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Naib Presiden FAS, Datuk Abdul Rauf Ahmad yang menegaskan keputusan itu terpaksa diambil selepas penilaian menyeluruh dibuat mengenai kemerosotan prestasi pasukan itu.

Beliau berkata demikian kepada Berita Harian dan turut mengesahkan Selangor akan dikendalikan oleh pembantu jurulatih pasukan itu, Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir buat sementara waktu.

“Kami sudah berbincang hari ini dan selepas meneliti prestasi pasukan, kami mengambil keputusan untuk merehatkan Maniam. Keputusan ini bukan keputusan individu tetapi dicapai secara kolektif.

“Muhammad Nazliazmi akan mengambil tanggungjawab sebagai jurulatih sementara dan beliau akan memulakan tugasnya esok, selain bertanggungjawab membawa pasukan dalam saingan Piala FA menentang Terengganu, Jumaat ini,” katanya.

Bagaimanapun, Abdul Rauf menjelaskan persatuan itu masih belum membincangkan mengenai keputusan untuk mendapatkan jurulatih baharu pasukan itu.

“Kami akan menilai prestasi pasukan terlebih dahulu dan sebarang keputusan lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Sepanjang dibawah bimbingan Maniam, Selangor membuka kempen Liga Super musim ini dengan langkah kanan apabila menundukkan Kuala Lumpur 2-0, sebelum membelasah Melaka United (MU) 4-1 pada perlawanan kedua.

Skuad itu kemudian mengalami kekalahan pertama apabila diaibkan Terengganu 4-1, sebelum tunduk 1-3 di tangan Pahang dan hasrat mereka untuk bangkit tidak kesampaian apabila dihadiahkan kekalahan ketiga berturut-turut oleh Perak dengan keputusan 0-3.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN