Previu Semifinal Piala FA 2017: Pahang vs Negeri Sembilan

Pahang akan melayan kunjungan pasukan Negeri Sembilan dalam perlawanan semifinal Piala FA yang akan berlangsung malam ini.

Prestasi semasa

Dalam 5 perlawanan terakhir kedua-dua pasukan, Pahang hanya tewas sekali, 2 kali menang dan 2 kali seri.

Manakala pasukan Negeri Sembilan pula 2 kemenangan dan 3 kali seri dalam 5 perlawanan terakhir mereka.

Walaubagaimanapun, kedua-dua pasukan masih belum menang dalam 3 perlawanan terakhir. Pahang sebelum ini seri, diikuti tewas, dan seri dengan Felda United.

Negeri Sembilan ada 3 keputusan seri dalam 3 perlawanan terakhir.

Rekod pertemuan

Kali terakhir 2 pasukan ini bertemu adalah pada peringkat kumpulan Piala Malaysia 2013. Pahang menang kedua-dua pertemuan dengan 3-0 dan 5-3.

https://www.youtube.com/watch?v=3LsKBmm4vwY

Dalam 5 pertemuan terakhir kedua-dua pasukan, 4 daripada perlawanan terakhir adalah dimenangi Pahang. Manakala 1 perlawanan dimenangi Negeri Sembilan.

Fakta perlawanan

  • Kali terakhir Negeri Sembilan menang ke atas Pahang adalah lebih 6 tahun yang lalu iaitu pada 23 April 2011.
  • Negeri Sembilan tewas dalam kesemua 4 pertemuan terakhir dengan Pahang
  • Negeri Sembilan gagal menang sebarang perlawanan di Kuantan sejak 2006, 3 seri dan 6 kali kalah
  • Negeri Sembilan tinggal satu-satunya pasukan dalam 2 liga utama yang belum tewas musim ini
  • Pahang belum tewas di tempat sendiri dalam 7 perlawanan terakhir dan tidak tewas dalam semua perlawanan musim ini di Kuantan.

Sebelum wisel

Ini adalah cabaran besar untuk Negeri Sembilan. Pahang dalam mood yang agak baik selepas menyingkirkan JDT daripada saingan.

Bruno Suzuki harus mengembalikan tajinya yang tajam di hadapan gol untuk perlawanan ini.

Selangor player, Adam Nor Azlin (right) and N.Sembilan player, Bruno Suzuki (left) during FA Cup match between Selangor and N.Sembilan on 14 February 2017 at Stadium Selayang. Photo by Dzulfadlil Azim / www.asiana.my

Negeri Sembilan sudah menyingkirkan pasukan seperti Selangor dalam saingan Piala FA 2017. Mereka akan turun dengan tekanan yang lebih rendah kerana status underdog.

Kehilangan Sumareh masih meletakkan Pahang sebagai pasukan yang kuat.

Dollah Salleh masih ada pemain seperti Joseph Kalang Tie, Wan Zaharulnizam dan Christie Jayaseelan yang boleh di-shuffle untuk bermain di sebelah sayap kanan.

Baca juga: FMLLP Kecewa PBNP Umum Tiada Siaran Langsung Semifinal Piala FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN