Jose Mourinho menurunkan kesebelasan yang kuat sekali lagi dalam perlawanan kali ini. Namun mereka memastikan tiada episod ulangan seperti Piala Carabao yang berlaku sebelum ini.
Manchester United menguasai 66% perlawanan dengan pesta percubaan gol sebanyak 28 percubaan ke arah pintu gol lawan. Itu sudah cukup menceritakan betapa sibuknya malam Scott Carson.
Derby County berjaya bertahan dan dilihat bakal mensia-siakan United sekali lagi. Marcus Rashford menyaksikan percubaan beliau terkena tiang.
Namun begitu pada minit ke-84, pemain terbaik mereka buat masa ini, Jese Lingard menjaringkan gol pembukaan. Satu lagi gol menarik daripada luar kotak penalti seperti yang dilakukan beliau sebelum ini.
United membunuh perlawanan pada minit ke-90 menerusi Romelu Lukaku yang kembali semula ke dalam pasukan. Lukaku menyempurkan peluang terhidang selepas menerima hantaran cantik daripada Martial.
Tamat perlawanan, Jose Mourinho memuji gol Lingard dan juga pasukan lawan mereka.
“Itu adalah jaringan yang cantik oleh Lingard ke sudut atas, beliau dalam keyakinan yang tinggi buat masa ini kerana segalanya nampak sempurna untuk beliau.”
“Beliau adalah pemain yang profesional dan budak yang baik di bilik persalinan.”
“Derby bertahan dengan sangat baik. Mereka menukar beberapa pemain mereka kerana mereka ada kempen Championship yang penting.”
“Scott Carson cemerlang di belakang gol. Mereka hampir mendapat perlawanan ulangan, namun bagi saya, mereka tak perlukannya.”
Selepas ini Manchester United akan berehat 10 hari, menentang Stoke City pada 15 Januari nanti.