Rasmi: Antonio Conte Alu-Alukan Ketibaan Pemain Lengkap, Ross Barkley

Chelsea akhirnya rasmi mendapatkan Ross Barkley daripada Everton selepas gagal berbuat demikian pada jendela perpindahan pra-musim yang lalu.

Chelsea ketika itu menawarkan £35 juta untuk Barkley tetapi tiada persetujuan dicapai sehingga ke hari penutup jendela perpindahan pemain pada pra-musim.

Barkley sebelum itu menolak untuk melanjutkan kontrak dengan pasukan yang beliau sokong sejak dari kecil, Everton. Beliau telah meminta Everton untuk mempertimbangkan sebarang tawaran daripada luar.

Antonio Conte gembira dengan kehadiran pemain antarabangsa England ini dengan menggelar beliau sebagai pemain yang lengkap. Barkley sudah memiliki 22 kaps untuk England.

Chelsea membayar £15 juta untuk Barkley dengan durasi kontrak 5 tahun setengah kepada beliau. Barkley baru pulih daripada kecederaan hamstring yang memaksa beliau menjalani pembedahan.

Kali terakhir beliau beraksi adalah ketika menentang Arsenal pada 21 Mei lalu. Conte berkata kepada media:

“Kita bercerita tentang pemain yang memiliki potensi hebat. Dia pemain yang lengkap, tetapi pada masa yang sama dia masih muda.”

“Dia pemain lengkap kerana memiliki segalanya, dia ada stamina, fizikal yang kuat dan juga teknikal yang bagus. Dia pemain yang laju dan seorang pemain moden.”

Ross Barkley akan memakai no.8 yang sebelum ini sinonim dengan legenda mereka, Frank Lampard. Barkley gembira dan tak sabar-sabar untuk memulakan cabaran baru di Stamford Bridge.

“Saya teruja dan tak sabar-sabar untuk memulakannya. Untuk memulakan semula dengan kelab seperti Chelsea adalah sesuatu yang sukar dipercayai.”

“Saya tak sabar-sabar untuk menyambung apa yang telah saya tinggalkan pada akhir musim lalu. Saya juga berharap dapat menambahkan jumlah gol saya.”

Antonio Conte yang bermain sistem 3-5-2 musim ini memerlukan tambahan pemain di bahagian tengah. Beliau pernah menyatakan yang beliau ingin mengutamakan pemain Inggeris.

Ini selepas Chelsea kehilangan sentuhan pemain Inggeris yang hebat selepas era Frank Lampard dan Ashley Cole dalam beberapa musim terakhir kebelakangan ini. Sebelum ini Conte sudah mendapatkan Danny Drinkwater.

Ditanya sama ada benar khabar angin yang mengaitkan beliau berminat dengan Andy Carroll, pengurus Chelsea ini tidak menolak sebarang kemungkinan dan akan menerima jika kelab membelikan pemain tersebut untuk pasukan beliau.

(Photo by Andrew Redington/Getty Images)

Conte menyatakan, tugas membawa masuk pemain bukan di tangan beliau. Beliau cuma mampu memberikan pandangan dan keputusan akhir di tangan pengurusan lebih tinggi.

“Pemain Inggeris lebih faham dengan liga ini kerana mereka membesar dengannya. Untuk kelab seperti Chelsea, ia sesuatu yang positif untuk membeli pemain Inggeris selepas hilang sentuhan pemain penting seperti John Terry dan Frank Lampard.”

Antonio Conte juga mahu membeli beberapa orang lagi pemain bagi menguatkan pasukan beliau.

Beliau juga mengakui Chelsea memulakan musim ini dengan prestasi yang kurang memuaskan kerana krisis kecederaan pemain.

“Kami bergelut pada permulaan musim ini. Ramai pemain baru kami yang tiba bergelut dengan kecederaan. Bakayoko cedera, Drinwater pun cedera.”

“Zappacosta tiba lewat. Saya perlu bekerja dengan mereka secepat mungkin supaya mereka dapat mengadaptasi idea bola sepak kami.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN