Piala Europa 2017/18: Arsenal Gagal Guna Kesempatan Dimiliki Untuk Sekadar Seri Menentang Atletico Madrid

Arsenal

Arsenal gagal menggunakan kelebihan beraksi dengan lebih seorang pemain hampir 80 minit aksi perlawanan selepas hanya mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Atletico Madrid pada separuh akhir pertama Liga Europa di Stadium Emirates awal pagi tadi.

Pasukan bimbingan Diego Simeone yang kini menduduki tempat kedua dalam saingan La Liga terpaksa beraksi dengan 10 pemain seawal minit ke-10.

Keadaan yang berlaku susulan pengadil perlawanan, Clement Turpin yang melayangkan kad kuning kedua kepada Sime Vrsaljko akibat kekasaran yang dilakukannya terhadap Alexandre Lacazette

Pertahanan dari Croatia itu ternyata berang dengan tindakan drastik yang dibuat oleh pengadil tersebut.

Lebih perit buat Atletico Madrid apabila pengurus pasukan, Diego Simeone turut ditunjukkan jalan keluar kerana lantang membantah keputusan pengadil dari Perancis itu.

Kelebihan yang dimiliki Arsenal terserlah dengan percubaan demi percubaan berjaya dicipta anak buah Arsene Wenger untuk mencipta jaringan.

LONDON, ENGLAND – APRIL 26: Shkodran Mustafi of Arsenal looks dejected during the UEFA Europa League Semi Final leg one match between Arsenal FC and Atletico Madrid at Emirates Stadium on April 26, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Richard Heathcote/Getty Images)

Bagaimanapun, penyudah kurang berkesan dan ketangkasan Jan Oblak yang turut menafikan satu peluang terbaik dari Danny Wellbeck menghampakan para penyokong untuk perlawanan pada babak pertama terikat tanpa jaringan.

Jaringan yang ditunggu-tunggu penyokong tuan rumah akhirnya menjelma pada minit ke-61.

Alexandre Lacazette melonjak tinggi melepasi kawalan Diego Godin dan Lucas Hernandez bagi menanduk masuk bola hasil hantaran lintang yang dilakukan Jack Wilshere tidak mampu digapai Oblak untuk jaringan pembukaan perlawanan.

Kelebihan jaringan tersebut dipadamkan oleh bintang Atletico Madrid kelahiran Perancis, Antoine Griezmann di minit ke-82.

Jaringan tersebut bukan sahaja kembali menyamakan kedudukan malahan memberikan kelebihan jaringan di tempat lawan menjelang pertemuan kedua di Wanda Metropolitano pada 4 Mei nanti.

Dalam satu lagi pertemuan separuh akhir yang berlangsung di Stade Orange Velodrome, Marseille menumpaskan wakil Austria, Salzburg 2-0 menerusi jaringan dari Florian Thauvin dan Clinton Njie.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN