Jose Mourinho Nafikan Beliau Terlibat Dalam Melepaskan Mohamed Salah Tinggalkan Chelsea

Seperti diketahui umum, pendahulu senarai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris serta baru sahaja dinobatkan selaku Pemain Terbaik Tahunan PFA, Mohamed Salah pernah beraksi buat Chelsea dan isu pemergiannya keluar dari pasukan tersebut turut diperkatakan.

Salah menyertai Chelsea dari FC Basel pada Januari 2014 dengan yuran perpindahan bernilai  £11 juta. Individu yang membawanya ke Stamford Bridge adalah Jose Mourinho.

Namun, permulaan kariernya di EPL tidak semudah yang disangka apabila Salah gagal untuk diberikan peluang untuk membuktikan kualitinya dan seterusnya beliau meminta untuk dipinjamkan ke Fiorentina dan AS Roma.

Di ketika Mohamed Salah sudah mencapai prestasi yang memuncak, terdapat ura-ura yang mengatakan Mourinho terlibat dalam melepaskan pemain antarabangsa Mesir ini keluar dari Chelsea.

”Ini adalah yang pertama kali untuk saya mengatakan perkara ini, tetapi ianya satu lagi ketidakadilan apabila mereka mengatakan tentang saya. Orang mengatakan saya merupakan individu yang menjual Salah dan ianya adalah bertentangan. Saya yang membeli Salah,” jelas Mourinho kepada ESPN Brazil.

”Ianya bertentangan. Saya salah seorang yang membeli Salah. Saya yang memberitahu kepada Chelsea untuk membeli Salah.”

”Saya yang bertanggungjawab bagi membawa Salah ke Chelsea. Tetapi dia datang sebagai seorang anak muda yang secara fizikal dan mental masih belum bersedia. Sosial dan budaya serta segalanya sukar buat dirinya.”

Kredit foto: Liverpool Echo

”Kami membuat keputusan untuk meminjamkannya dan dia turut meminta perkara tersebut. Dia mahu beraksi lebih minit perlawanan, untuk menjadi matang, dia mahu pergi dan kami menghantarnya ke Fiorentina, dan di sana dia sudah mula matang. Chelsea memilih untuk menjualnya, OK?

”Dan apabila mereka kata saya yang menjualnya adalah satu pembohongan. Saya membelinya. Saya bersetuju untuk meminjamkannya, saya rasakan ianya perlu, saya fikir Chelsea sudah mempunyai pemain sayap seperti Willian, (Eden) Hazard dan semua pemain yang berada di tahap yang berbeza.”

”Jadi keputusan untuk menghantar dia untuk dipinjamkan adalah keputusan yang dibuat secara kolektif, tetapi keputusan untuk menjualnya dan menggunakan duit tersebut untuk membeli pemain lain bukanlah keputusan saya.”

”Tetapi walaupun dalam bola sepak kita melakukan banyak kesilapan, beberapa kali pemain berkembang dengan cara yang tidak kita harapkan.”

”Terdapat juga pemain yang tidak mencapai tahap lain seperti kita harapkan mereka mampu, jadi saya tidak fikir ini adalah kesilapan, ianya adalah sebahagian dari kerja.”

”Tetapi saya berjaya membeli Salah. Saya tidak menjualnya, tetapi ianya tidak penting.”

”Apa yang penting dia merupakan pemain yang hebat dan saya sangat gembira untuk segala yang berlaku terhadap beliau terutamanya kerana dia menjaringkan gol menentang semua pasukan dan dia tidak menjaringkan gol menentang kami pada dua perlawanan.”

 

 

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN