Piala Emas Raja-Raja Milik Pasukan Pulau Pinang

Arsenal gear up for PSV in the UCL knockout stages Loading official content
Arsenal gear up for PSV in the UCL knockout stages
Go inside training with Arsenal as they prepare for round of 16 knockout tie versus PSV.
0 seconds of 46 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:46
00:46
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Barito Putera celebrate away win over PSS Sleman Arema players train hard before facing Malut United Salah shows his class on the volley Arteta urges Arsenal to reach different level ahead of Champions League clash Echeverri gets a private tour of the Etihad Stadium UCL top scorer Serhou Guirassy & his teammates prepare for Lille clash Sergio Ramos’ first goal for Monterrey Doué's powerful strike seals PSG's fourth goal Pep Guardiola does not like the FA Cup match ball Lacazette double leads Lyon to comeback win over battling Brest in Ligue 1 Rodgers pleased with Yang's performance at St Mirren 30-yard free-kick rocket in the Saudi League Amazing bicycle kick goal for DC United's last-gasp equalizer Lihat lebih video Arsenal FC di OneFootball

Penantian selama 15 tahun berakhir apabila pasukan Pulau Pinang berjaya menjulang Piala Emas Raja-Raja (PERR) edisi ke-77 selepas menewaskan Kelantan 2-1 di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, sebentar tadi.

Pulau Pinang yang turun selaku pelawat terlebih dulu menguji gawang tuan rumah menerusi rembatan W Muhd Khairil dan Syamil Masdokhi pada minit ke-9 dan 17.

Kelantan hampir membuka jaringan pada minit ke-15 dan 28 menerusi percubaan Mohamad Qhaidir serta Muhamad Masri namun diselamatkan penjaga gol pelawat, Amir Omar Khata.

Pulau Pinang juga hampir menghasilkan jaringan pendahuluan menerusi cubaan W Muhd Khairil pada minit ke-33 namun sedikit tersasar.

Pelawat memiliki peluang terhidang mendahului tuan rumah minit ke-41 hasil sepakan percuma Muhd Nazrul Najmi namun ditepis keluar Mohd Farmie Hussin untuk menamatkan babak pertama tanpa sebarang jaringan.

Bersambung babak kedua, Wan Mohd Aliff terlepas peluang menjaringkan gol apabila tandukannya diselamatkan penjaga gol pelawat.

Pulau Pinang menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-87 menerusi Muhd Nazrul Najmi Mohd Noor yang membuat rembatan deras hasil sepakan sudut menewaskan Mohd Farmie.

Kelantan menyamakan kedudukan pada masa kecederaan menerusi Mohd Asraff Alifuddin yang masuk menggantikan Muhd Masri Asyraf memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.

Pulau Pinang menjaringkan gol kedua menerusi Muhd Shahrulnizam Anuar pada minit ke-112 sekali gus menobatkan pasukannya selaku juara PERR musim ini. -BH

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN