Adidas Kembalikan Lagenda 1970, Telstar 18 Untuk Piala Dunia 2018 Russia

Pengeluar bola rasmi untuk kejohanan Piala Dunia sejak tahun 1970 iatu Adidas baru-baru ini melancarkan bola yang akan digunakan pada temasya sukan yang paling dinanti tahun depan.

Jika tumpuan setiap edisi Piala Dunia yang dilangsungkan setiap 4 tahun sekali ini terarah kepada logo kejohanan, jersi pasukan, kasut bola, maskot dan stadiumnya, bola kejohanan juga tidak terlepas dari tumpuan ini.

Photo: welt.de

Kali terakhir bola yang digunakan pada kejohanan Piala Dunia yang diperbuat oleh pengeluar selain Adidas ialah pada tahun 1966.

Bola yang berwarna oren dan dikeluarkan oleh satu lagi jenama sukan dari UK iaitu Slazenger turut memiliki legasinya tersendiri dan pada edisi inilah kali terakhir ‘home made ball’ digunakan selari dengan penganjur kejohanan ketika itu iaitu England.

Sebelum menerangkan dengan lebih lanjut mengenai ‘features’ yang ada pada Telstar 18 ini, kami di semuanyabola akan meneliti beberapa jenis bola edisi Piala Dunia buatan Adidas sejak kali pertama dikeluarkan untuk kejohanan pada 1970.

Telstar (Mexico 1970)

Photo: FIFA World Cup/Instagram

Meskipun Adidas telah mula mengeluarkan bola pada tahun 1963, percubaan pertama Adidas mengeluarkan bola pertama yang digunakan dalam kejohanan paling berprestij ialah pada edisi 1970.

Menggunakan corak hitam putih yang kesemuanya membentuk 32 panel, ini adalah bola pertama yang berwarna hitam dan putih dalam alaf baru bola sepak ketika itu.

Menagapa hitam dan putih? Ini kerana, buat pertama kalinya kejohanan Piala Dunia di Mexico disiarkan secara langsung di televisyen dan pemilihan hitam dan putih dianggap menaikkan ‘visibility’ ketika menonton di kaca TV hitam dan putih.

Telstar Durlast (Jerman Barat 1974)

Photo: Footy-boots.com

Sedikit perubahan dilakukan pada edisi pertama, dengan penambahan ‘polyurethane  coating’ bagi tujuan ‘water proofing’. Selain itu, pada edisi 1974, Adidas mengeluarkan 2 edisi bola yang dinamakan Telstar Durlast dan Telstar Chile.

Sebelum terlupa, nama Telstar diambil merujuk kepada reka bentuk satelit US yang bernama Telstar yang dilancarkan oleh NASA pada tahun 1962.

Tango Durlast (Argentina 1978)

Photo: FIFA World Cup/Instagram

Secara keseluruhan, Adidas Tango mempunyai 8 edisi dari tahun 1978 hingga 2012. Namun, hanya 2 edisi dikeluarkan khas untuk Piala Dunia.

Tango Durlast mempunyai perubahan pada reka bentuk di mana bermulalah corak tiga segi digunakan sebagai panel bola keluaran Adidas. 20 panel optical (tiga segi) ini membentuk pandangan ilusi kepada 12 bulatan yang ada pada keseluruhan bola.

Tango Espana (Sepanyol 1982)

Photo: DPA

Sedikit perubahan dilakukan bagi meningkatkan kualiti ‘water resistant’ terhadap bola ini dengan menggunakan getah khas.

Edisi bola ini adalah kali terakhir kulit asli 100% digunakan dan Tango Espana dilihat istimewa apabila logo Adidas ada dicetak pada permukaan bola.

Azteca (Mexico 1986)

Photo: Mirror.co.uk

Selepas edisi 1970, tahun 1986 menyaksikan Mexico sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah.

Seperti 1970, Adidas mencatat sejarah baru apabila buat pertama kali mengeluarkan bola menggunakan elemen ‘full synthetic’ yang dilihat memiliki kelebihan samada di permukaan keras dan lembut/basah. Reka bentuk pula diilhamkan dari lukisan purba yang bernama Aztec.

Etrusco (Itali 1990)

Photo: Bongarts/Getty image

Seperti Azteca yang menggunakan ikon lukisan Aztec, Etrusco turut membuat penampilan di Itali dengan mengenakan lukisan/arca dari tamadun Etruscan di Itali.

3 kepala singa Etruscan diolah dan diletakkan pada tiga segi permukaan bola ini.

Questra (USA 1994)

Photo: Bongarts/Getty image

Bermulalah zaman penulis menendang bola dalam kejohanan rasmi peringkat sekolah menengah dan atas sebab inilah edisi Questra paling diingati berbanding edisi-edisi lain.

Questra merupakan jenama yang paling popular sekitar pertengahan 90an. Di inspirasikan nama Questra dari perkataan ‘ancient’ yang bermaksud ‘the quest for the star’, corak tiga segi ini dilakar merujuk kepada elemen angkasa lepas dan turut sinonim dengan sambutan ke-25 tahun pada 1994, misi Apollo 11 oleh negara penganjur.

Bola ini disifatkan sebagai lebih ringan dan lebih responsif sekaligus membantu pemain-pemain ketika itu menjaringkan gol-gol yang cantik terutamanya  sepakan dari jarak jauh.

Tricolore (Perancis 1998)

Photo: EMPICS Sports Photo Agency

Buat pertama kalinya dalam sejarah edisi Piala Dunia, Adidas mengeluarkan bola yang mempunyai warna yang lain dari kelaziman.

Di ilhamkan dari edisi Tango 1978, corak yang ada pada Tricolore melalui sedikit perubahan dan direka menggunakan elemen ‘cockerel’ atau ‘hen’ yang sinonim dengan negara Perancis.

Tricolore juga bermaksud 3 warna yang diambil dari 3 warna bendera Perancis, putih,biru dan merah. Berbanding Questra, bola ini ditambah elemen ‘hi-tech synthetic’ yang menjadikan bola ini lebih pantas dari Questra.

Fevernova (Jepun/Korea Selatan 2002)

FIFA World Cup/Instagram

Buat pertama kalinya penganjuran Piala Dunia diadakan di Asia. Justeru, Adidas tidak melepaskan peluang untuk menghasilkan bola bercirikan Asia.

Elemen yang digunakan bersifat pemilihan warna emas dan merah seterusnya memilih corak yag berteraskan berus kaligrafi yang sinonim dengan negara Asia. Bola ini turut dikritik kerana dianggap terlalu ringan berbanding edisi yang lain.

Namun, pergerakan bola ini di udara adalah yang terbaik hasil dari teknologi ‘three-layer knitted’ yang dipadankan pada setiap bola.

+Teamgeist (Jerman 2006)

Photo: Reuters

Teamgeist bermaksud semangat berpasukan. Bola ini melalui proses inovasi hasil dari kerjasama dengan Molten Corporation.

Inovasi ini menjadikan bola ini lebih ringan dan tidak terkesan dengan permukaan yang basah selain tidak menjadikan bola ini berat selepas terkena air.

32 panel yang selalu digunakan pada edisi sebelum ini diolah menjadi hanya 14 panel seterusnya memperlihatkan bola ini lebih bulat dari segi reka bentuk di permukaan bola.

Jabulani (Afrika Selatan 2010)

Photo: FIFA World Cup/Instagram

Inovasi penghasilan bola oleh Adidas berterusan pada setiap edisi Piala Dunia. Kali ini di Afrika, teknologi yang dipadankan menggunakan elemen ‘grip & groove’ menjadikan bola ini lebih aerodinamik dan stabil di udara.

Reka bentuk serta warna yang dipadankan dengan elemen negara-negara Afrika menjadikan bola ini lebih menarik selain menggunakan 11 warna yang bermaksud 11 bahasa dan komuniti dari negara-negara Afrika.

Jobulani edisi emas turut dilancarkan dan digunakan sempena perlawanan akhir di Johannesburg mengikut tradisi Teamgeist Berlin yang digunakan pada perlawanan akhir Piala Dunia 2016 di Berlin.

Brazuca (Brazil 2014)

Photo: Getty image South America

Kelainan yang ada pada edisi ini adalah buat kali pertama orang awam diberi peluang untuk mengundi bagi menentukan nama rasmi bagi bola ini.

Sebanyak lebih dari 1 juta penduduk di Brazil mengundi dan 77.8% memilih Brazuca sebagai nama rasmi bola kejohanan berbanding Bossa Nova dan Carnavalesca.

Brazuca menggambarkan kebanggaan negara dan interpretasi bola sepak mengikut acuan Brazil. Warna asas bola ini adalah biru, hijau, merah,putih dan hitam yang turut menggambarkan warna-warni negara Brazil.

Edisi perlawanan akhir turut diperkenalkan dan dilabelkan sebagai Adidas Brazuca Final Rio yang menggunakan warna emas, hijau dan hitam.

Telstar 18 (Rusia 2018)

Photo: Adidas.com

Selepas 48 tahun, Adidas mengembalikan kegemilangan Telstar dengan memperkenalkan edisi 2018 yang lebih segar dan berinovasi berbanding edisi 1970.

Menggembalikan tema 2 warna hitam dan putih, bola terbaharu ini dilengkapkan  dengan beberapa panel baru yang boleh meningkatkan kestabilan pergerakan bola ini.

Photo: AFP/Getty Image

Dilancarkan pada 9 November lalu dan memberi pengiktirafan kepada Lionel Messi untuk memperkenalkannya kepada umum.

Dilaporkan, cip NFC (near-field communication) akan dipadankan pada setiap bola bagi tujuan ‘tracking’ yang bakal memanfaat bukan sahaja kepada pemain malah kepada penonton yang menggunakan telefon pintar.

A participant holds the official match ball for the 2018 World Cup, named “Telstar 18”, during its unveiling ceremony in Moscow on November 9, 2017. / AFP PHOTO

Rumusan

Bukan kali pertama Adidas menggunakan ilham edisi sebelum ini untuk mengeluarkan bola rasmi kejohanan pada edisi berikutnya. Ini dibuktikan pada tahun 1998 melalui jenama Tricolore.

Revolusi Adidas bukan sahaja terhad kepada reka bentuk, corak dan simbolik negara penganjur, malah revolusi dan inovasi yang ada pada teknologi dan material digunakan adalah seiring dengan zaman dan perubahan corak permainan dari dahulu hingga kini.

Pada pandangan anda, edisi mana yang paling menarik dan meninggalkan kesan buat cerita bola sepak anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN