Skuad bawah-17 mara ke peringkat suku akhir Piala Dunia Bawah-17 2017 selepas mudah menewaskan Honduras 3-0. 2 gol daripada penyerang Sao Paolo, Brenner dan satu gol daripada Marcos Antonio akan mempertemukan Brazil dengan Jerman di peringkat suku akhir.
Brenner menjaringkan gol pertamanya pada minit ke-11 sebelum Marcos Antonio menambah pendahuluan Brazil pada minit ke-44. 12 minit kemudian, Brenner menamatkan sisa-sisa harapan Honduras apabila menjaringkan gol ke-3 Brazil pada minit ke-56.
Ghana bukti kehebatan
Sementara itu, Ghana akan menentang Mali dalam peringkat suku akhir nanti selepas menewaskan Niger 2-0. Gol Erick Ayiah pada hujung separuh masa pertama dan Richard Danso pada hujung separuh masa kedua sudah cukup untuk membawa skuad The Black Starlets mara ke suku akhir.
Aksi suku akhir
Ghana akan bertemu Mali pada 21 Oktober di Guwahati. Dalam erti kata lain, Afrika sudah mempunyai satu wakil dalam saingan separuh akhir pada jam 7.30 malam (waktu Malaysia) di Stadium Olahraga Indira Gandhi di Guwahati.
3 jam kemudian di Stadium Pandit Jawaharlal Nehru di Goa, Amerika Syarikat akan beradu kekuatan dengan England.
Keesokan harinya, Jerman akan bertemu Brazil di Kolkata. Sepanyol akan menentang Iran di Kochi.