Piala Dunia B-20 2017: Dua Wakil Amerika Selatan ke Semi Final

Aksi Piala Dunia Bawah 20 edisi 2017 diteruskan dengan dua perlawanan suku akhir hari ini.

Venezuela 2-1 Amerika Syarikat

Sengit, dalam kata mudahnya. Kedua-dua pasukan terikat 0-0 sehingga tamat masa sebenar. Perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan.

Adalberto Penaranda menjaringkan gol pendahuluan untuk Venezuela seawal minit 96. Kemudiannya, Nahuel Ferrarasi menjaringkan gol kedua Venezuela pada minit 115.

Amerika Syarikat merapatkan jurang gol pada minit 117 melalui gol Jeremy Ebobisse.

Portugal 2-2 Uruguay (Uruguay menang 5-4 melalui sepakan penalti)

Uruguay memastikan Portugal kandas di suku akhir. Portugal mendahului melalui minit pertama perlawanan oleh Xande Silva. Santiago Bueno menjaringkan gol penyamaan untuk Uruguay pada minit ke-16.

Pada minit ke-41, Diogo Goncalves menjaringkan gol kedua Portugal. Namun ia tidak lama apabila Uruguay sekali lagi menyamakan kedudukan pada minit 50 melalui sepakan penalti oleh Federico Valverde.

Skor seri itu berlanjutan sehingga masa sebenar tamat. Masa tambahan dilaksanakan tetapi tiada gol kemenangan dijaringkan.

Akhirnya, sepakan penalti diadakan bagi menentukan pemenang. Uruguay memenangi sepakan penalti dengan 5 jaringan berbalas 4.

Aksi suku akhir esok

Itali akan bertemu Zambia pada jam 4 petang esok (waktu Malaysia). Manakala Mexico akan bertemu England pada jam 7 malam (waktu Malaysia).

Uruguay dijadualkan bertemu Venezuela pada separuh akhir. Perlawanan itu akan diadakan pada 8 Jun.

Dalam kata lain, Amerika Selatan sudah meraih satu tiket ke final. Baki lagi dua pasukan di separuh akhir kita akan ketahui pada esok!

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN