Griezmann Sahkan Akan Kekal Bersama Atletico Madrid, Padam Perkhabaran Ke Old Trafford

Penyerang sensasi antarabangsa Perancis, Antoine Griezman mengesahkan akan kekal bersama Atletico Madrid pada musim hadapan, demikian menurut laporan ESPN.

Griezmann dipetik sebagai berkata kepada Telefoot, bahawa dia akan kekal bersama kelab Madrid itu setelah keputusan tidak membenarkan pembelian pemain diteruskan oleh pihak mahkamah sehingga Januari 2018.

ESPN FC turut melaporkan sebelum ini bahawa Manchester United telah mengalihkan minat daripada menandatangani penerima Anugerah Pemain Terbaik Bola Sepak Perancis 2016 itu.

Antoine Griezmann

Griezmann turut memberi beberapa respon yang berbeza sepanjang tempoh kebelakangan ini. Bagaimanapun, beliau secara terbuka menyatakan sokongan kepada Atletico selepas pengesahan pergantungan daripada membeli pemain disahkan sehingga Januari 2018.

Atletico Madrid tidak dibenarkan untuk membawa masuk pemain baru untuk dua jendela perpindahan. Kelab berkenaan didenda bersama-sama dengan seteru setempat mereka, Real Madrid pada tahun lalu.

Atletico dan Real didapati bersalah oleh FIFA kerana melanggar peraturan dalam proses untuk mendapatkan tanda tangan pemain di bawah umur 18 tahun.

Kedua-dua buah kelab turut dikehendaki untuk membayar denda berjumlah £622,000 oleh badan induk bola sepak dunia, FIFA.

Griezmann dan Pogba

Pada minggu lepas, Griezmann memaklumkan kepada media bahawa dirinya gembira di Atletico. Bagaimanapun, beliau akan membuat keputusan berkenaan perpindahannya dalam masa terdekat.

Griezmann kemudiannya menulis di laman twitternya dengan caption yang diterjemah:

“Sekarang adalah lebih daripada sebelum ini #Atleti #Alltogether”

Pada Ahad lepas pemain yang mempunyai klausa perpindahan bernilai £87 juta ini mengesahkan kepada Telefoot bahawa beliau akan kekal bersama Atletico pada musim panas ini.

“Kami (Griezmann dan ejen) membuat keputusan untuk kekal bersama Atletico Madrid”, kata Griezmann.

“Ini adalah tempoh yang sukar untuk kelab dan rakan sepasukan yang lain. Ia adalah sesuatu yang sukar bagi Atletico jika saya pergi. Saya menjangkakan satu lagi musim yang hebat bersama kelab ini,” ujar beliau lagi.

Sebelum pihak Mahkamah Antarabangsa Timbangtara Sukan (CAS) memutuskan supaya hukuman pergantungan pembelian pemain diteruskan, Atletico Madrid turut dikaitkan dengan perpindahan masuk Alexandre Lacazette dan Diego Costa.

Menjawab soalan wartawam berkenaan kedudukan dan status rakan sepasukan antarabangsa Perancis, Alexandre Lacazette, ini jawapan Grizmann:

“Ya. Ini perkara yang menyedihkan untuk Lacazette. Beliau pasti akan datang pada musim panas ini. Disember nanti, kita pasti akan mengetuk pintu Lyon sekali lagi.

Penafian Antoine Griezmann untuk berpindah ke Manchester United pada musim panas ini telah menamatkan satu lagi saga perpindahan.

Bagaimanapun, ia pasti satu perkara yang menarik untuk melihat penyerang manakah yang akan menjadi sasaran seterusnya Jose Mourinho untuk memperkuatkan skuad The Red Devils.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN