Jerman dikejutkan oleh Iran dengan kekalahan besar 4-0 dalam perlawanan peringkat kumpulan. Jerman sebelum ini berbangga dengan prestasi skuad mereka di semua peringkat termausk B-21 dan B-19.
Tetapi skuad B-17 mereka terjerumus ke dalam kekalahan paling mengejutkan dalam kejohanan ini kali ini.
Ianya mungkin juga antara kekalahan paling mengejutkan dalam sejarah Piala Dunia B-17 kerana keputusan 4-0. Jerman adalah pasukan pilihan untuk kejohanan kali ini.
Younes Delfi menjaringkan 2 gol. 2 gol lagi dijaringkkan Allahyar Sayyad dan Vahid Namdari.
Bola sepak Iran sejak akhir-akhir ini membuka mata ramai pihak. Mereka kekal menjadi pasukan no.1 Asia dalam ranking terbaru FIFA. Mereka juga mara ke Piala Dunia Rusia secara automatik.
Dalam perlawanan di antara skuad B-17 Iran dan Jerman, Iran berjaya mengucar-kacirkan barisan tengah pasukan Jerman.
Jerman menjadi tidak terurus kerana pemain-pemain Iran ternyata bermain lebih baik di tengah. Iran kini menduduki tangga teratas kumpulan C.
Jurulatih Jerman, Christian Wuck memberitahu media bahawa anak-anak buahnya terlalu menghormati Iran di dalam perlawanan ini.
Dalam erti kata lain, mereka membenarkan Iran bermain bola sepak mereka. Jerman tidak mampu untuk bersaing.
Jerman akan bersaing dengan Costa Rica dan juga Guinea untuk mengiringi Iran ke pusingan seterusnya. Costa Rica gagal menewaskan Guinea dalam satu lagi perlawanan dan mencatatkan keputusan seri.