Analisis: 3 Faktor Yang Menyebabkan Tenggelamnya Kapal Belanda

Agak keras apabila ada penyokong mereka sendiri menyatakan pasukan Belanda, daripada total football kepada total rubbish.

2 kejohanan major berturut-turut mereka gagal mara selepas kali terakhir beraksi cemerlang pada kempen Piala Dunia 2014. Mereka gagal mara ke Piala Dunia buat pertama kali selepas 3 edisi sejak 2002.

Kualiti pemain

Di kala pasukan besar lain pening kepala untuk memilih pemain yang ramai. Ada pemain yang memilih bermain untuk negara lain kerana persaingan yang terlalu kuat.

Di Belanda, mereka terpaksa memanngil semula pemain seperti Ryan Babel yang mungkin ada antara kita ingatkan dia dah bersara.

Robin Van Persie dipanggil sekali lagi selepas 2 tahun tidak bermain untuk skuad kebangsaan. Tetapi pemain veteran tersebut mengalami kecederaan membuatkan dia tidak terlibat dalam minggu antarabangsa kali ini.

Di dalam padang, Arjen Robben terus berjuang dan berusaha. Pemain yang sudah berusia 33 tahun ini masih menjadi pemain terbaik di Belanda.

Robben menjaringkan 2 gol dalam misi mereka mahu menang dalam perlawanan yang mustahil secara matematik. Mereka perlu menang 7-0 ke atas Sweden yang berada dalam salah satu fasa terbaik dalam bola sepak mereka.

Robben menantikan wisel penamat dengan wajahnya seperti sebak. Kerana dia tahu, Piala Dunia Rusia 2018 adalah kejohanan terakhir yang boleh beliau sertai dalam karier dan beliau gagal ke sana.

Robben juga memberikan gambaran yang perlawanan ini mungkin yang terakhir untuk beliau bersama Belanda.

Robben mengumumkan persaraan beliau selepas tamat perlawanan.

Sweden terus membangun walaupun tiada talisman Ibrahimovic lagi. Bakat baru mereka muncul lebih baik daripada Belanda meskipun mereka tidak ada liga sehebat Eredivisie.

Musim lalu, Ajax mara ke final UEL dan ia memberikan sedikit petanda positif kepada bola sepak Belanda. Tetapi di peringkat kebangsaan, masih skrip yang sama.

Jadi, mereka harus lebih pro-aktif membangunkan bakat bola sepak mereka berdasarkan DNA bola sepak mereka.

Jurulatih

Belanda dahulu terkenal dengan produk jurulatih yang terbaik. Guus Hiddink, Louis Van Gaal, Van Baasten, Van Marjwick, Ronald Koeman, malah Dick Advocaat sendiri antara yang kompetitif.

Namun kitaran jurulatih mereka pegun dan di situ sahaja. Mereka gagal melahirkan lebih ramai jurulatih baru yang berkaliber untuk berhadapan dengan bola sepak moden.

Mereka dikenali dengan negara yang menjadi penentang utama bola sepak negatif dan cattenaccio satu ketika dahulu di bawah Rinus Michel. Lalu mereka melahirkan total football.

(Photo by Bob Thomas/Getty Images)

Falsafah bola sepak yang jauh merentasi zaman. Hari ini, Pep Guardiola memiliki banyak jenis permainan dalam taktikal. Tiki taka, juego di posicio, free eight football dan sebagainya. Namun asas beliau adalah total football.

Arsene Wenger dan Arsenal ada Wengerball dan juga free flowing football yang juga berasaskan total football.

Di Jerman, mereka menggunakan Juego di Posicion ala Guardiola untuk menjadi tulang belakang bola sepak mereka. Asasnya tetap total football.

Namun di mana pula Belanda pada hari ini?

via GIPHY

Ketika Louis Van Gaal datang ke Jerman, beliau memperkenalkan grid 18 di padang latihan. Selepas itu ramai jurulatih Jerman mengambil inisiatif yang sama.

Hari ini Jerman melahirkan ramai jurulatih berkaliber untuk bola sepak moden. Nagelsmann, Klopp, Klinsmann, Joachim Loew, dan ramai lagi.

Di bawah ini adalah grid padang Nagelsmann yang beliau wujudkan sendiri dengan jumlah pecahan yang lebih kecil berbanding dengan Van Gaal dan Guardiola.

Namun Belanda, sirkulasi jurulatih itu masih di situ sahaja. Pecat Dick Advocaat, lantik Guus Hiddink. Pecat Hiddink lantik Van Gaal. Van Gaal pergi lantik Hiddink balik.

Beberapa musim sebelum ini, Belanda menyaksikan jurulatih seperti Frank De Boer muncul dengan reputasi yang agak baik. Namun mereka tetap memerlukan lebih ramai jurulatih berkaliber.

Falsafah bola sepak

Ketika Louis Van Gaal megambil alih pasukan Belanda. Beliau tidak menggunakan total football sebagai asas. Anda pasti masih ingat cara Belanda bermain bola sepak pada Piala Dunia 2014.

Ianya mirip route one football. Robben dan Van Persie di atas menunggu bola untuk digerakkan ke dalam kotak penalti.

Mereka bertahan dengan 7 atau 8 pemain di blok rendah dengan pendekatan bek berlima. Kenapa Van Gaal berbuat demikian?

Adakah kerana Van Gaal tidak mampu menguruskan taktikal moden? Tidak! Van Gaal adalah jurulatih dengan taktikal moden.

Tetapi beliau tidak mendapat kualiti pemain yang sesuai untuk bermain bola sepak moden. Jika Van Gaal jurulatih tradisional, boleh sahaja beliau mewarisi 4-4-2 Ferguson di Old Trafford.

Sehinggakan satu fasa, penyokong United merasakan Van Gaal harus melupakan falsafah bola sepak fluid beliau dan gunakan sahaja 4-4-2. Anda ingat peristiwa ini di QPR, di mana penyokong United menjerit 4-4-2!

Van Gaal memiliki ramai pemain yang ditinggalkan oleh Sir Alex yang berteraskan formasi bola sepak Inggeris 4-4-2. Beliau mahu mengubah cara mereka bermain.

Beberapa pemain seperti Angel Di Maria gagal menunjukkan potensi sebenar. Malangnya Van Gaal mengambil masa terlalu lama untuk menyesuaikan taktikal beliau dengan pemain-pemain Manchester United.

Ianya adalah konflik pada kualiti pemain dan taktikal. Di Belanda dahulu dia berjaya mengelakkan situasi ini berlaku kerana ia lebih kepada cup competition bukannya musim liga yang panjang dengan ada kejohanan piala juga.

Jadi, hujah untuk menyatakan Van Gaal jurulatih yang tidak boleh mengendalikan taktikal moden adalah sukar diterima.

Belanda terpaksa memanggil semula pemain seperti Kuyt ke dalam pasukan mereka. Beberapa pemain seperti Blind dan Depay cemerlang dengan peranan mereka kerana sistem ini berasaskan serangan balas yang sangat direct.

Apa yang berlaku di sini, kita kembali kepada 2 butiran di atas, kualiti pemain dan kualiti jurulatih. Ia kena seiring! Buat masa ini, Belanda agak terkebelakang untuk negara yang dianggap kuasa bola sepak dunia sejak berdekad-dekad lamanya.

DNA taktikal mereka harus jelas. Ya anda boleh berkata, asal menang, taktikal tak penting! Tapi harus diingat, pasukan Greece pun menang dengan cara tak pentingkan DNA taktikal untuk juara Euro.

Mereka fikirkan asal menang sahaja setiap perlawanan. Tetapi DNA taktikal ini yang akan menentukan survival bola sepak sesebuah pasukan itu bertahan lama ataupun tidak.

Itu yang dilakukan Sepanyol, Jerman dan beberapa negara lain. Ini adalah pasukan Belanda pada Piala Dunia 1998. Anda pasti boleh ingat nama-nama pemain ini.

 

Rumusan

Bola sepak Belanda masih tiada bezanya selepas kejatuhan mereka selepas Piala Dunia 2014. Perkara terindah untuk bola sepak Belanda yang anda ingat dalam 3 tahun terakhir ini mungkin gambar ini:

Mereka perlu memperbaiki banyak kerosakan di dalam pembangunan bakat dan juga jurulatih mereka. Pada masa yang sama, KNVB harus bangkit dari tidur.

Jangan setakat memilih jurulatih kerana rekod lampau. Ambil kira banyak aspek lain terutama sekali keadaan semasa bola sepak.

Apa yang berlaku di dalam liga mereka sekarang. Bagaimana majoriti pasukan utama di liga mereka bermain. Cari jurulatih yang sesuai.

Kami tahu di Malaysia ramai penyokong The Oranje. Pasukan ini pasukan istimewa. Mereka sentiasa memberikan hiburan kepada kita di dalam padang di kala pasukan lain cuba bermain keras, fizikal dan parking bas.

Diharap Belanda akan bangkit selepas ini. Bertabahlah!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN