Portugal Pintas Switzerland Di Selekoh Akhir, Senarai Penuh Pasukan Eropah Yang Mara

Perlawanan di antara Portugal dan Switzerland pastinya menjadi tumpuan kerana pemenang akan mara ke Rusia secara automatik.

Switzerland ada 2 pilihan untuk mara secara automatik iaitu dengan menang ataupun seri. Untuk Portugal mereka tiada pilihan selain daripada menang!

Portugal berjaya menang 2-0 dalam perlawanan ini. Portugal yang juga merupakan pasukan tuan rumah, ternyata memulakan perlawanan ini dengan lebih agresif.

Namun Switzerland juga bermain dengan baik dalam perlawanan ini. Kedua-dua pasukan menyajikan pertarungan yang terbuka. Banyak gerakan serangan balas dilancarkan.

Namun begitu, Portugal ternyata bernasib baik apabila bekas pemain Arsenal, Djourou tertampan bola ke gawang sendiri sebelum wisel penamat separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Andre Silva menjaringkan gol hanya kira-kira lebih 10 minit perlawanan bersambung.

Kemenangan ini meletakkan juara Eropah 2016 ini mara ke Rusia secara automatik. Sebelum ini mereka sudah pun merasai suasana di Rusia dalam Piala Konfederasi yang lalu.

Berikut adalah senarai pasukan – pasukan dari Eropah yang mara secara automatik:

1. Russia (hosts)

2. Belgium

3. Jerman

4. England

5. Spain

6. Poland

7. Iceland

8. Serbia

9. Portugal

10. Perancis

Manakala 8 pasukan lagi akan bertarung dalam play-off untuk merebut 4 lagi tempat daripada kelayakan zon Eropah

1. Republik Ireland

2. Denmark

3. Itali

4. Greece

5. Croatia

6. Sweden

7. Switzerland

8. Ireland Utara

Pasukan mana rasanya yang akan melengkapkan 4 lagi slot untuk Eropah? Kongsikan pilihan anda di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN