Piala Dunia 2026: Liberia Bakal Undi Menentang Bidaan Maghribi Untuk Tuan Rumah

Seperti ramai sudah tahu, persaingan merebut hak penganjuran Piala Dunia 2026 adalah antara dua penjuru. Maghribi akan berhadapan dengan pakatan antara Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Namun, ada kejutan telah berlaku di Afrika. Ada negara sudah menyatakan pendirian bahawa mereka tidak akan menyokong Maghribi selaku hos kejohanan itu.

Liberia

Musa Bility, individu dalam FA Liberia. Sumber: Sports Intelligence.

Presiden FA Liberia, Musa Bility mendedahkan bahawa mereka tidak akan mengundi Maghribi.

Beliau mengakui faktor hubungan diplomatik yang lama antara Amerika Syarikat dengan Liberia menyebabkan mereka tidak memihak rakan sebenua.

Malah, sentimen terdapat ramai rakyat Liberia yang menetap di negara Uncle Sam itu menyebabkan keputusan itu dibuat. Sokongan Liberia kepada Maghribi bakal memberikan impak kepada hubungan baik kedua-dua negara.

Dikhabarkan Musa sebenarnya sudah bertemu dengan Presiden negara itu, George Weah. Pertemuan itu membincangkan apakah keputusan perlu dibuat dalam menentukan bidaan manakah mereka akan undi untuk Piala Dunia 2026.

Milik siapa

206 ahli FIFA akan mengundi untuk menentukan negara manakah akan diberi mandat menganjurkan Piala Dunia 2026. Undian akan dibuat sewaktu Kongres FIFA ke-68 yang diadakan Moscow, Rusia.

4 negara yang menghantarkan penyertaan dikecualikan mengundi. Negara yang dimaksudkan ialah Amerika Syarikat, Kanada, Maghribi dan Mexico. Guatemala pula digantung keahlian oleh FIFA dan tidak dibenarkan untuk mengundi.

Ada beberapa negara sudah menyatakan pendirian terbuka untuk menyokong bidaan Piala Dunia 2026. 10 anggota Conmebol (Persekutuan Bola Sepak Amerika Selatan) bersepakat untuk memberikan sokongan kepada bidaan tiga negara Amerika Utara tersebut.

Selain itu, Jamaica, Belize dan Panama secara terbuka menyokong bidaan blok tiga negara itu juga.

Siapa sokong Maghribi

Logo Bidaan Piala Dunia 2026.

Kecuali Liberia, kebanyakan negara Afrika yang telah menyatakan pendirian terbuka akan memberikan sokongan kepada Maghribi. Antara negara tersebut ialah Algeria, Mesir, Kenya dan Tunisia.

Selain itu, Lubnan dan Palestin dijangka memberikan undian kepada Maghribi.

Negara manakah yang anda rasa wajar untuk Malaysia undi pada pemilihan kali ini? Nyatakan sebabnya di ruang komen.

Harus diingat, kejohanan pada 2026 ini merupakan kejohanan pertama di mana 48 pasukan akan bertanding dalam pusingan akhir. Format 32 pasukan ini akan berakhir pada edisi 2022 di Qatar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN