Rembatan Emil Forsberg Hantar Sweden Ke Suku Akhir Piala Dunia 2018

Sweden dan Switzerland bertemu dalam misi memburu tempat ke suku akhir Piala Dunia 2018.

Kedua-dua pasukan menunjukkan kemahuan yang jelas untuk mendapatkan gol apabila Sweden dan Switzerland tidak takut untuk menyerang lawan mereka.

Namun begitu, Sweden merupakan pasukan yang lebih baik dalam perlawanan ini apabila lebih banyak mengancam Switzerland berbanding lawan mereka.

Apa yang kurang dalam perlawanan ini adalah kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk menjaringkan gol, namun apabila peluang itu cuba disempurnakan mereka merembat bola itu melambung tinggi.

Marcus Berg mempunyai peluang yang cukup baik untuk menjaringkan gol namun rembatan voli beliau melambung tinggi.

Albin Ekdal juga mempunyai peluang untuk merembat bola ke dalam pintu gol, tetapi voli beliau juga turut melambung.

Separuh masa kedua turut menyaksikan kedua-dua pasukan mengekalkan tempo di separuh masa pertama untuk mencari gol.

Sweden akhirnya berhasil menjaringkan gol apabila rembatan Emil Forsberg terbias pada Manuel Akanji untuk meletakkan mereka di depan pada minit ke-66.

SAINT PETERSBURG, RUSSIA – JULY 03: Emil Forsberg of Sweden celebrates after scoring his team’s first goal during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between Sweden and Switzerland at Saint Petersburg Stadium on July 3, 2018 in Saint Petersburg, Russia. (Photo by Richard Heathcote/Getty Images)

Switzerland mempunyai peluang keemasan untuk menjaringkan gol penyamaan menerusi situasi sepakan penjuru namun ianya dikeluarkan di hadapan gol oleh Andreas Granqvist.

Mereka nyata menekan Sweden di penghujung permainan untuk mendapatkan gol penyamaan namun usaha-usaha yang dilakukan mereka nyata tidak berhasil.

SAINT PETERSBURG, RUSSIA – JULY 03: Andreas Granqvist of Sweden wins a header from Steven Zuber of Switzerland during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between Sweden and Switzerland at Saint Petersburg Stadium on July 3, 2018 in Saint Petersburg, Russia. (Photo by Richard Heathcote/Getty Images)

Switzerland kehilangan seorang pemain selepas Michael Lang menjatuhkan pemain Sweden pada penghujung perlawanan.

Secara keseluruhannya, perlawanan ini berlangsung seimbang dengan Sweden merupakan pasukan yang lebih baik dalam perlawanan ini.

Jadi boleh dikatakan, keputusan 1-0 ini adalah keputusan yang idela memandangkan ketumpulan jentera serangan kedua-dua pasukan yang gagal menyempurnakan banyak peluang.

Keputusan penuh, Sweden 1-0 Switzerland.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN