Video: Iklan KFC Terbaru Ini Troll ‘Neymar Roll’

Aksi berguling-guling Neymar ketika dibentes lawan dalam Piala Dunia kali ini telah dijadikan satu bahan jenaka oleh KFC dalam iklan terbaru mereka.

Dalam iklan terbaru mereka KFC telah menggunakan gulingan yang digelar Neymar roll oleh netizen. Seorang pemain telah dibentes dan berguling-guling sehingga ke restoran KFC.

Peman tersebut jelas berpuas hati menggunakan teknik itu di jalanan (street) untuk sampai ke KFC terdekat.

Ini antara beberapa lagi koleksi troll kepada aksi Neymar roll.

Neymar harus diakui kadangkala terlebih berlakon namun pada masa yang sama beliau adalah pemain yang snagat berbakat dan menjadi nadi penting pasukan Brazil dalam kempen kali ini.

Neymar (BRA) during the 2018 FIFA World Cup Russia. (Photo by Foto Olimpik/NurPhoto via Getty Images)

Neymar menjadi watak penting dalam kemenangan 2-0 Brazil ke atas Mexico dengan 1 gol dan 1 bantuan gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN