Australia Terselamat Daripada Disingkir Denmark Selepas Dibantu Oleh Sistem VAR

Piala Dunia 2018 diteruskan dengan aksi perlawanan melibatkan Denmark dan juga Australia.

Perlawanan ini dilangsungkan dalam tempo yang cukup perlahan namun begitu separuh masa pertama menyaksikan 2 gol dihasilkan.

Christian Eriksen menjaringkan gol pada minit ke-7 menerusi rembatan separuh voli yang cukup baik yang menewaskan penjaga gol – Matthew Ryan.

SAMARA, RUSSIA – JUNE 21: Christian Eriksen of Denmark celebrates after scoring his team’s first goal during the 2018 FIFA World Cup Russia group C match between Denmark and Australia at Samara Arena on June 21, 2018 in Samara, Russia. (Photo by Robert Cianflone/Getty Images)

Selepas gol itu, tiada banyak perkara yang berlaku dengan perlawanan berlangsung dengan tempo yang cukup perlahan.

Pione Sisto mempunyai peluang yang cukup baik untuk menjaringkan gol kedua Denmark apabila melakukan rembatan yang cukup deras dari luar kotak penalti namun terus ke Ryan.

Nicolai Jorgensen turut mempunyai peluang menjaringkan gol namun beliau gagal menanduk tepat bola hantaran lintang yang diterima beliau.

Kontroversi tiba pada minit ke-36 apabila pengadil memberikan sepakan penalti kepada Australia selepas merujuk kepada Video Assistant Referee (VAR).

Hasil rujukan semula kepada VAR, pengadil memberikan kad kuning kepada Yussuf Poulsen dan penalti kepada Australia.

Mile Jedinak dengan mudah menjaringkan penalti tersebut untuk mengikat kedudukan 1-1.

SAMARA, RUSSIA – JUNE 21: Mile Jedinak of Australia scores his team’s first goal from the penalty spot during the 2018 FIFA World Cup Russia group C match between Denmark and Australia at Samara Arena on June 21, 2018 in Samara, Russia. (Photo by Stu Forster/Getty Images)

Untuk rekod, 2 gol Australia di Piala Dunia kali ini dihasilkan menerusi sepakan penalti.

Denmark dinafikan sepakan penalti pada minit ke-51 selepas Poulsen dijatuhkan pertahanan Australia.

Mereka mahukan VAR namun tidak diendahkan oleh pengadil.

Aaron Mooy memberikan harapan kepada Australia menerusi rembatan luar kotak penalti pada minit ke-71, namun rembatan beliau sipi saja dari sasaran.

Tom Rogic dan Sisto turut melakukan percubaan dari luar kotak penalti untuk Australia dan juga Denmark, namun rembatan kedua-dua pemain itu masing-masing terus ke penjaga gol dan satu lagi tersasar.

Pemain gantian, Daniel Arzani hampir menghadiahkan gol kemenangan kepada Australia apabila hantaran lintang beliau gagal disudahkan oleh rakan sepasukan.

Kali ini, Arzani sendiri melakukan percubaan pada minit ke-88 namun bola rembatannya ditepis penjaga gol dari sebelah tepi.

Secara keseluruhannya, perlawanan ini tidaklah begitu baik kerana kedua-dua pasukan terlalu berhati-hati dalam mencari gol dari awal perlawanan hingga wisel penamat.

Boleh dikatakan, kedua-dua pasukan hanya bermain untuk seri sahaja.

Keputusan penuh, Denmark 1-1 Australia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN