Rating Pemain Denmark VS Australia, Andreas Christensen Kebal Di Posisi Pertahanan

Perlawanan Denmark menentang Australia di Piala Dunia 2018 berakhir dengan jaringan 1-1 dalam aksi perlawanan yang boleh dianggap sebagai membosankan.

Denmark

Kasper Schmeichel – 6.5

Melakukan beberapa tepisan penting yang menghalang Australia dari memperoleh gol kemenangan.

Henrik Dalsgaard – 6.5

Memenangi 9 daripada 12 duel beliau dalam perlawanan ini.

Simon Kjaer – 7

Cemerlang di bahagian pertahanan, melakukan 9 clearance dalam perlawanan ini.

Andreas Christensen – 7

Jelas komited dalam melakukan tugas beliau. Beraksi cukup cemerlang di bahagian pertahanan.

SAMARA, RUSSIA – JUNE 21: Tom Rogic of Australia tackles Andreas Christensen of Denmark during the 2018 FIFA World Cup Russia group C match between Denmark and Australia at Samara Arena on June 21, 2018 in Samara, Russia. (Photo by Robert Cianflone/Getty Images)

Jens Stryger Larse – 7

Beraksi baik di bahagian pertahanan Denmark dengan banyak menafikan banyak gerakan Australia.

Lasse Schone – 6 

Tidak begitu dominan di bahagian tengah apabila sering kali ditewaskan oleh pemain Australia.

Thomas Delaney – 6.5

Melakukan pintasan penting dan juga terjahan yang baik untuk membantu jentera tengah Denmark.

Pione Sisto – 6.5

Melakukan beberapa percubaan dalam perlawanan ini. Dilayangkan kad kuning dalam perlawanan ini.

Christian Eriksen – 7.5

Melakukan jaringan separuh voli yang cukup cantik untuk meletakkan Denmark di hadapan!

Yussuf Poulsen – 5.5

Tidak beraksi baik dalam perlawanan ini dan beliau bertanggungjawab kepada penalti yang diperoleh Australia.

Dilayangkan kad kuning serta ditukarkan pada minit ke-59.

Nicolai Jorgensen – 7

Melakukan bantuan gol kepada gol Denmark namun tidak beraksi baik secara keseluruhannya.

Pemain gantian

Martin Braithwaite – 6.5

Tidak memberikan impak yang besar kepada Denmark selepas dimasukkan.

Andreas Cornelius – 6

Tidak beraksi baik seperti yang diharapkan.

Australia

Matthew Ryan – 6.5

Menepis 4 percubaan penting Denmark dalam perlawanan ini. Keselurahannya, beliau beraksi baik.

Joshua Risdon – 6.5

Melakukan beberapa terjahan kemas dalam perlawanan ini di bahagian pertahanan.

Trent Sainsbury – 6.5

Beraksi baik di bahagian pertahanan dengan melakukan beberapa clearance penting dalam perlawanan ini.

Mark Miligan – 7

Cukup cemerlang di bahagian pertahan dengan melakukan terjahan, pintasan dan cleareance penting untuk menafikan Denmark.

Aziz Behich – 6.5

Aktif dalam membantu serangan Australia dalam perlawanan ini.

Matthew Leckie – 6

Sepertinya tidak begitu selesa di atas padang, berhempas-pulas dalam memberikan aksi yang terbaik.

Aaron Mooy – 7

Menunjukkan dominan beliau di bahagian tengah. Sepakan penjuru beliau cukup berpotensi untuk menghasilkan gol.

Mile Jedinak – 7.5

Menjaringkan gol dari situasi sepakan penalti untuk Australia.

Robbie Kruse – 6

Tidak memberikan impak yang diperlukan oleh barisan serangan Australia dalam perlawanan ini. Digantikan pada minit ke-68.

Tom Rogic – 6.5

Berjaya melakukan beberapa gelecekan yang mengelirukan pemain Denmark. Namun, masih belum memberikan impak semaksima yang diharapkan.

Digantikan pada minit ke-82.

SAMARA, RUSSIA – JUNE 21: Tom Rogic of Australia is challenged by Simon Kjaer of Denmark, Andreas Christensen of Denmark and Jens Stryger Larsen of Denmark during the 2018 FIFA World Cup Russia group C match between Denmark and Australia at Samara Arena on June 21, 2018 in Samara, Russia. (Photo by Maddie Meyer/Getty Images)

Andrew Nabbout – 6

Tidak melakukan sebarang percubaan buat Australia. Mengecewakan.

Digantikan pada minit ke-75.

Pemain gantian

Tom Juric – 6

Impak yang diberikan terlalu sikit dari beliau dalam perlawanan ini.

Daniel Arzani – 7

Memberikan pilihan yang berbeza untuk Australia ketika menyerang, turut melakukan satu percubaan ke pintu gol Denmark.

Jackson Irvine – N/A

Tiada rating diberikan kerana beliau beraksi kurang dari 10 minit sahaja.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN