Pemain baharu Chelsea, Kai Havertz mendiamkan pengkritiknya dengan mencatat hatrik ketika membantu pasukannya membenam Barnsley 6-0 di Stamford Bridge bagi meneruskan kemaraan ke pusingan keempat Piala Liga pada Rabu.
Havertz yang menyertai The Blues dari Bayer Leverkusen dengan yuran perpindahan £71 juta sebelum ini mendapat kritikan yang mengatakan beliau mungkin tidak dapat menyesuaikan diri dengan bola sepak Inggeris selepas gagal menyerlah dalam dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Brighton dan Liverpool.
Bagaimanapun pemain berusia 21 tahun itu membuktikan keupayaan sebenarnya dengan aksi memukau berdepan kelab Liga Kejuaraan berkenaan.
so happy about my first goals. 💪🏻💙 @ChelseaFC pic.twitter.com/llLwzb3Rkf
— Kai Havertz (@kaihavertz29) September 23, 2020
Penyerang England, Tammy Abraham memulakan malam cemerlang Chelsea dengan gol pertama pada minit ke-18 selepas bijak merampas hantaran ke belakang pertahanan lawan. 10 minit kemudian, Havertz tenang mengatasi penjaga gol Barnsley, Bradley Collins untuk menggandakan kelebihan buat tuan rumah.
Pasukan pelawat berpeluang untuk merapatkan kedudukan pada separuh masa pertama, namun penjaga gol veteren Chelsea, Willy Caballero kekal kukuh tidak dibolosi.
Ross Barkley terus melebarkan penguasaan Chelsea dengan gol ketiga pada awal babak kedua sebelum Havertz menambah dua gol lagi dalam tempoh 10 minit untuk melengkapkan hatriknya.
Olivier Giroud menambah gol keenam pada penghujung perlawanan untuk mengesahkan kemaraan skuad kendalian Frank Lampard ke pusingan seterusnya dan bakal berdepan sama ada Leyton Orient atau Tottenham Hotspur.
⚽️ @TammyAbraham
— Chelsea FC (@ChelseaFC) September 23, 2020
⚽️⚽️⚽️ @KaiHavertz29
⚽️ @RBarkley8
⚽️ @_OlivierGiroud_
We're through to the next round! #CHEBAR pic.twitter.com/j9wFXjGX7q
Apa yang menarik, ia juga merupakan hatrik pertama Havertz dalam karier profesionalnya. Musim lepas beliau telibat dalam 26 gol untuk semua pertandingan dengan menjaringkan 18 gol dan menyumbang sembilan bantuan jaringan buat Leverkusen.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris: