Piala Carabao: 5 Perkara Daripada Kejayaan Man City Jinakkan Spurs

Manchester City berjaya memastikan Piala Carabao kekal milik mereka selepas merekodkan kemenangan 1-0 ke atas Tottenham Hotspur di perlawanan akhir awal pagi tadi.

Skuad kendalian Pep Guardiola mendominasi majoriti babak pertama perlawanan, mencipta deretan peluang dari wisel pemulaan sehingga tamat perlawanan – namun gagal disempurnakan.

Tottenham turut memiliki peluang mereka tersendiri terutama melalui Giovano Lo Celso pada babak kedua perlawanan, namun kecemerlangan Hugo Lloris pada babak pertama perlawanan turut menjadi tumpuan.

Berikut adalah lima perkara utama daripada perlawanan tersebut.

Pemain bintang untuk perlawanan penting

Seperti perlawanan akhir Champions League 2019, Spurs sekali lagi memanggil penyerang utama Harry Kane untuk beraksi di dalam kesebelasan utama walaupun tahap kecergasan masih diragui selepas kecederaan pada minggu lalu.

Apa yang berlaku kepada Kane dalam perlawanan akhir kali ini tiada bezanya seperti ketika di Madrid. Kane kelihatan tidak berada di tahap terbaik, kelihatan seperti hilang dari perlawanan, dan gagal menghadirkan impak di dalam kotak penalti lawan.

Musim ini peranan Kane sedikit berbeza kerana kerap turun lebih ke bawah untuk membantu link-up play dna menghadirkan kreativiti memecah pertahanan lawan. Namun kali ini, kualiti sebegitu juga hilang dari permainannya.

Manchester City pula sebaliknya membawa kembali Kevin de Bruyne yang sebelum itu terpaksa disisihkan, Pemain antarabangsa Belgium itu juga tidak berada di tahap terbaik permainannya, namun dilihat masih menjadi sumber kreativiti pasukan dalam beberapa gerakan.

Penyokong kembali ke Wembley

Ia nyata memberikan perbezaan. Sebelum wisel permulaan ditiupkan lagi bunyi sokongan dari penyokong yang hadir sudah boleh dirasai. Ia adalah bunyian asli dan bukan rakaman seperti yang ada sebelunya.

Seramai 8,000 penyokong hadir untuk perlawanan akhir ini. Sudah tentu ia harus dianggap sebagai permulaan kepada kemungkinan lebih ramai penyokong pada masa terdekat.

Harapannya sekarang ialah supaya Premier League mulai membenarkan kemasukkan penyokong ke stadium dalam 3 atau dua perlawanan terakhir sebelu musim ini tamat.

Kehadiran penyokong di dalam stadium turut lebih diperlukan di Kejohanan Euro 2020 pada musim panas nanti.

Pemain paling menyerlah

Beberapa pemain berjaya menyerlah dalam perlawanan ini. Raheem Sterling dan Phil Foden sentiasa menyinar untuk City dengan larian mereka yang berjaya membuka ruang di bahagian benteng Tottenham yang padat.

Semakin lama perlawanan berlangsung, Ryad Mahrez juga menjadi semakin berpengaruh, manakala Joao Cancelo mempamerkan kepentingan beliau di dalam pasukan – dengan dan tanpa bola di kaki.

Tottenham pula harus berterima kasih kepada Toby Alderweireld dan Hugo Lloris yang berjaya mengekang banyak asakan dari pemain City.

Kontroversi pengadil

Aymeric Laporte adalah penjaring gol tunggal perlawanan dan Totteham mungkin berpendapat ia sedikiti tidak adil buat mereka. Ini kerana Tottenham mungkin merasakan Laporte sepatutnya dilayangkan kad merah sebelum gol tersebut.

Dalam perlawanan tersebut, Laporte dan Ruben Dias terlepas layangan kad kuning oleh pengadil perlawanan apabila kedua-duanya kerap melakukan kekasaran setiap kali Tottenham cuba melakukan serangan balas pantas.

Pengadil perlawanan Paul Tierney bagaimanapun melepaskan kedua-duanya, sebelum melayangkan kad kuning kepada Laporte sebelum babak pertama berakhir. Tierney pasti mempunyai penjelasan beliau tersendiri.

Empat kejuaraa berturut-turut

Pengurus interim Ryan Mason adalah pengendali yang kurang berpengalaman, namun memiliki pengalaman lebih banyak mengurus di perlawanan akhir berbanding rakan sejawat lain.

Namun demikian Spurs tidak pernah kelihatan mampu mencipta sesuatu untuk memastikan kemenangan.

Bagi Pep Guardiola dan anak buahnya, perkara sebalik pula berlaku. Ini adalah kejuaraan Piala EFL kali keempat berturut-turut milik mereka, lantas menjadi pasukan pertama menyamai rekod Liverpool menjuarai pertandingan ini di antara 1981 sehingga 1984.

Angan-angan mengejar quadruple mungkin sudah musnah. Namun mereka masih berada di landasan untuk menjuarai treble pada musim ini.

 

 

Baca artikel menarik lain daripada kami melalui pautan:

Gary Neville Label Arsenal Lembik Dan Jadi Punca Budak Ini Menangis

Piala Carabao: Kisah Berbeza Dua Kelab Manchester, City Mara, United Tersungkur

Guardiola Cadang Format Perlawanan Ulangan Piala FA Diubah

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN