Piala Carabao 2019/20: Maguire Mungkin Disisihkan Untuk Separuh Akhir Menentang City

Pertahanan Manchester United, Harry Maguire berkemungkinan akan terlepas pertemuan separuh akhir Piala Carabao menentang Manchester City pada Selasa selepas dilanda kecederaan ketika perlawanan Piala FA pada hujung minggu lalu.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer berkata, Maguire mengalami kecederaan pada kakinya apabila bertembung dengan Adama Traore pada separuh masa pertama sewaktu pasukannya seri 0-0 dengan Wolverhampton Wanderers, tetapi tetap bermain penuh 90 minit perlawanan.

Solskjaer berkata kepada BT Sports beliau tidak pasti sama ada Maguire sempat untuk cergas sepenuhnya untuk perlawanan separuh akhir pertama yang akan berlangsung di Old Trafford.

“Kami hampir-hampir mengeluarkannya ketika rehat separuh masa tetapi dia tetap mahu terus bermain. Kami tidak pasti sama ada dia perlu terus bermain, tetapi dia bersungguh-sungguh mengatakan dia OK,” kata Solskjaer.

https://twitter.com/UtdJustin/status/1213528458355068931?s=20

‘Dia mungkin agak bergelut sedikit, tetapi kita tengok dulu sama ada dia sempat pulih atau tidak. Kita tidak ada banyak masa. Hari ini Ahad, esok Isnin dan kemudian kita akan bermain sekali lagi pada Selasa.

Pemain kebangsaan England itu beraksi dengan baik pada Sabtu di mana gandingannya dengan Victor Lindelof berjaya memastikan United tidak dibolosi sepanjang perlawanan dengan mengekang asakan-asakan terutamanya dari Traore dan Raul Jimenez.

Pada musim ini, Maguire hanya terlepas empat perlawanan dalam semua pertandingan untuk United dan beliau bermain dalam setiap minit dalam semua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ketiadaan Maguire akan menjejaskan perancangan Solskjaer yang semakin sukar membuat pilihan dengan dua pertahanan tengah, Eric Bailly dan Marcos Rojo sudah pun diketepikan kerana kecederaan.

United turut kehilangan khidmat dua pemain tengah utama, Paul Pogba dan Scott McTominay sebelum ini.

Solskjaer kini berharap Anthony Martial dan Jesse lingard akan kembali untuk perlawanan menentang City selepas kedua-duanya tidak bermain ketika menentang Wolves.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN