Piala Cabaran 2018: Terengganu FC II Jumpa UKM Di Perlawanan Akhir

Thomas Tuchel's first training session as England manager Loading official content
Thomas Tuchel's first training session as England manager
Check out Tuchel's first open training session as the head coach of the England national team ahead of World Cup qualifying matches.
0 seconds of 48 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine
00:58
00:00
00:48
00:48
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life' PSG dominate Marseille in Le Classique Slot on tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Hasrat peminat bola sepak tanah air untuk menyaksikan pertembungan “feeder club” di perlawanan akhir Piala Cabaran tidak menjadi kenyataan apabila pasukan JDT II dikejutkan oleh UKM dengan aggregat 2-1.

Jaringan tunggal pemain UKM, Faiz Hanif Adnan di Stadium Pasir Gudang memastikan skuad kendalian Sulaiman Hussin mencipta sejarah tersendiri mara ke perlawanan akhir Piala Cabaran buat kali pertama.

Bagaimanapun, aksi yang dipamerkan kedua-dua pasukan ini tampak membosankan apabila lebih kerap berlegar di kawasan tengah padang berbanding untuk melakukan serangan yang menarik dan percubaan berbahaya hingga kedudukan 0-0 kekal sehingga tamat babak pertama.

Sebaik babak kedua bermula pengendali JDT II, Ervin Boban merombak barisan serangan yang kurang berkesan apabila mengeluarkan Darren Lok dan memasukkan D Saarvindran dengan Rozaimi Abd Rahman mengambil alih tugas selaku penyerang.

Begitupun, disebabkan kealpaan benteng tuan rumah, anak didik Sulaiman bijak mengambil kesempatan untuk mencipta jaringan pada minit ke-51 selepas Faiz Hanif yang tidak dikawal mudah menolak bola menewaskan penjaga gol, Haziq Nadzli.

Kesebelasan utama pasukan UKM FC ketika menentang JDT II semalam. FOTO: UKM FC

Sementara itu, Terengganu FC (TFC) II mara ke perlawanan akhir apabila mudah menewaskan pasukan jemputan, ATM, 3-0 dalam aksi separuh akhir kedua Piala Cabaran di Kuala Terengganu.

Skuad kendalian Tengku Hazman Raja Hazman itu mara dengan aggregat 5-0 dan tidak mempunyai masalah untuk menjaringkan gol pembukaan melalui jaringan Jean Andrew pada minit ke 14.

Jean Andrew melepasi kawalan pertahanan lawan untuk menewaskan penjaga gol ATM, Hafizuddin dan memberikan kelebihan kepada TFC II. Beberapa minit kemudian, pemain sayap tuan rumah, Muhammad Zueasyraf Zulkiefle, hampir menggandakan kedudukan apabila menerima umpanan Akanni Sunday, namun percubaannya digagalkan Hafizuddin.

Tandukan Akanni Sunday mudah ditepis oleh penjaga gol ATM. FOTO: TFC

Serangan bertali arus TFC II membuahkan hasil dengan Akanni Sunday melakukan rembatan padu kaki kiri dan menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-26.

Pada minit ke-61, tuan rumah sekali lagi hampir mendapat gol ketiga, kali ini hantaran lintang Mohd Shahrin Sapien gagal disudahkan dengan baik oleh Haidhir Suhaini.

Tiang kemudian menjadi penghalang TFC II yang menafikan tandukan Jean Andrew sebelum Akanni Sunday menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-82 bagi memastikan kemaraan TFC II ke final edisi sulung Piala Cabaran.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN