Thailand dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mara ke pusingan kalah mati 16 pasukan terakhir. Thailand yang sebelum ini memecat jurulatih mereka selepas tewas di tangan India – telah berjaya memperbaiki kempen mereka.
Milan Rajevac digantikan dengan Sirisak Yodyadthai. Sebelum sepak mula, Teerasil Dangda menyatakan kesemua pemain menyokong jurulatih baharu mereka ini dan akan cuba memberikan aksi terbaik.
Thailand berhadapan dengan tugas sukar dalam perlawanan terakhir kumpulan A. Di mana mereka harus berhadapan dengan pasukan tuan rumah dan juga pasukan pilihan dalam kumpulan ini – iaitu UAE.
Namun begitu, pasukan Thailand berjaya mengikat UAE 1-1 dalam perlawanan tersebut.
Skuad bimbingan Zaccheroni – UAE – ternyata merindui sentuhan perancang utama mereka – Omar Abdulrahman yang tidak dapat diturunkan dalam perlawanan ini. UAE dilihat tidak cukup mengancam ke arah kubu lawan berbanding dengan aksi mereka sebelum ini.
UAE terlebih dahulu di hadapan seawal minit ke ke-7 menerusi tandukan jarak dekat oleh Ali Mabkhout – selepas beliau melakukan tindakan susulan berikutan bola terkena palang.
7' GOAL! UAE 1-0 Thailand!
And we have the first goal of the day as Ali Mabkhout heads in the rebound after UAE hit the post initially. #UAEvTHA #AsianCup2019 #BringItAll pic.twitter.com/wj64LpDJf0
— FOX Sports LIVE! (@FSAsiaLive) January 14, 2019
Namun begitu, skuad Gajah Perang berjaya menyamakan kedudukan sebelum rehat separuh masa pertama menerusi Thitipan Puangchan hasil permainan kombinasi yang cantik dan yakin di antara para pemain.
41' GOAL! Thailand equalize! 1-1!
What has happened here! A comedy of errors allows Thitipan Puangchan to waltz in behind the defence and score the equalizer. #UAEvTHA #AsianCup2019 #BringItAll pic.twitter.com/1RHmSyn8mI
— FOX Sports LIVE! (@FSAsiaLive) January 14, 2019
Kedua-dua pasukan gagal untuk menambah sebarang gol pada separuh masa kedua.
Keputusan seri 1-1 membolehkan Thailand mara walaupun Bahrain turut menang 1-0 ke atas India dalam satu lagi perlawanan kumpulan A. Ini kerana keutamaan dalam ‘tie breaker’ adalah rekod pertemuan. Sebelum ini Thailand menang 1-0 ke atas Bahrain.