Zlatan Ibrahimovic Anggap Cristiano Ronaldo Mengarut

Cristiano Ronaldo berhijrah daripada Real Madrid ke Juventus jendela pra musim yang lalu. Sejak menyertai Juventus, Ronaldo sudah menjaringkan 14 gol dalam saingan Serie A setakat ini.

Selepas beberapa minggu menyertai Serie A, Cristiano Ronaldo mencabar Messi untuk mengikut jejak beliau – datang ke Serie A untuk membuktikan bahawa beliau adalah salah seorang pemain terbaik di dunia.

FC Barcelona forward Lionel Messi (10) during the match FC Barcelona against Eibar, for the round 19 of the Liga Santander, played at Camp Nou on 13th January 2019 in Barcelona, Spain. (Photo by Mikel Trigueros/Urbanandsport/NurPhoto via Getty Images)

Ronaldo berkata: “Saya nak Messi datang ke Itali suatu hari nanti untuk menerima cabaran baru seperti saya. Namun jika beliau selesa di Sepanyol, saya hormati beliau.”

“Saya sudah bermain di England, Sepanyol, Itali, Portugal dan juga untuk pasukan kebangsaan, sedangkan Messi masih di Sepanyol. Mungkin beliau perlukan lebih daripada itu. Bagi saya, hidup ini adalah cabaran, saya sukakannya dan saya mahu membuatkan orang gembira.”

Nominees for the Best FIFA football player, Barcelona and Argentina forward Lionel Messi (R) and Real Madrid and Portugal forward Cristiano Ronaldo (L) chat before taking their seats for The Best FIFA Football Awards ceremony, on October 23, 2017 in London. / AFP PHOTO / Ben STANSALL (Photo credit should read BEN STANSALL/AFP/Getty Images)

Walaubagaimanapun, seorang lagi bekas pemain Man. United dan Juventus – Zlatan Ibrahimovic – telah memperlekehkan kenyataan Cristiano Ronaldo itu. Ibrahimovic berpendapat bahawa Lionel Messi tidak perlu membuktikan apa-apa lagi.

Ibrahimovic turut mempersoalkan, di mana cabaran yang dimaksudkan Ronaldo?

Ibrahimovic memenangi kejuaraan liga di Belanda, Itali, Sepanyol dan Perancis. Beliau juga memenangi UEL bersama Manchester United di England. Ibrahimovic menganggap Ronaldo memilih opsyen mudah untuk ke Juventus.

Ini kerana jika Ronaldo mahukan cabaran sebenar, mengapa beliau menyertai Juventus yang sudah menjuarai Serie A untuk 7 musim berturut-turut.

Ibrahimovic berkata: “Saya dengar Cristiano bercakap tentang cabaran baru. Dia panggil itu satu cabaran? dengan berhijrah ke kelab yang sudah normal untuk memenangi Serie A.”

“Jika betul-betul mahukan cabaran, kenapa beliau tidak pergi berhijrah ke kelab divisyen 2, beberapa musim yang lalu. Cubalah menjadi juara dengan pasukan divisyen 2 dan bantu mereka naik ke peringkat tertinggi. Itu barulah cabaran sebenar.”

“Ianya [kenyataan] bulls***, berhijrah ke Juventus bukan satu cabaran sama sekali.”

Juventus dalam landasan terbaik untuk menjuarai Serie A kali ke-8 berturut-turut dengan jarak 9 mata di puncak liga selepas 19 perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN