Piala Asia: Hamidin Letak Sasaran Untuk Malaysia Sekurangnya Bawa Pulang 1 Mata

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu Datuk Haji Hamidin Mohd Amin telah pun meletakkan sasaran kepada skuad kebangsaan untuk sekurangnya tidak pulang dengan tangan kosong pada saingan Piala Asia akan datang.

Undian Piala Asia 2023 telah pun berlangsung beberapa hari lalu dengan Malaysia telah diletakkan dalam Kumpulan E bersama Jordan, Bahrain, dan pasukan pilihan iaitu Korea Selatan.

Setelah tampil cemerlang pada aksi kelayakan lalu bawah kendalian Kim Pan-gon, pastinya para penyokong skuad kebangsaan mula meletakkan harapan tinggi supaya lebih banyak kejayaan tampil buat pasukan negara.

Jelas Hamidin, KPI yang diletakkan FAM kali ini buat skuad kebangsaan supaya mereka tidak pulang dengan tangan kosong sepanjang saingan tersebut berlangsung.

“Harapan saya dan FAM adalah sekurang-kurangnya membawa mata pulang ke Malaysia, tak kosong. Kalau layak ke pusingan 16 akhir pun satu pencapaian yang bagus,” katanya menerusi Harian Metro.

Tambah Hamidin, Malaysia perlu melakar keputusan positif kerana ia juga membabitkan pengiraan mata yang mampu menaikkan lagi ranking Malaysia ke arah lebih baik berbanding ketika ini.

“Pengiraan kita di Piala Asia ini, kita akan mendapat mata ranking jika dapat mencatat keputusan seri dengan pasukan lebih tinggi daripada kita.

“Sudah tentu harapan saya dan FAM kita nak sekurang-kurang bawa balik mata kerana lama kita tidak masuk Piala Asia dan kita perlu berhati-hati kerana pasukan di sana adalah yang terbaik dalam Asia,” katanya lagi.

Mengetahui sasaran serta cabaran yang bakal dihadapi tersebut, pasti Kim kini menjadi antara individu paling sibuk untuk mempersiapkan skuad kepada lebih baik berbanding mana-mana kejohanan lain pernah dihadapi beliau bersama Malaysia.

Salah satu pasukan yang paling mencuri tumpuan pastinya terarah kepada Korea Selatan yang dilihat tampil dengan rekod cukup berkualiti dalam sukan bola sepak di pentas dunia.

Disebabkan itu Hamidin turut menggesa kepada para pemain negara untuk berhati-hati dalam saingan tersebut serta gia berusaha mendapatkan lawan berkualiti untuk aksi persahabatan sebelum saingan Piala Asia bermula.

“Kita perlu berhati-hati kerana pasukan di sana nanti adalah terbaik dalam Asia. Kalau kita lihat, Korea Selatan bukan sahaja terbaik di Asia tetapi mereka memiliki standard pasukan Piala Dunia.

“Untuk pengetahuan semua, FAM dan jurulatih (Kim Pan-gon) tengah berusaha untuk adalah perlawanan pada awal Januari dan berbincang dengan Australia tetapi mereka mahu bermain di Doha.

“Pan-gon pula mahukan satu perlawanan di Malaysia sebelum pergi ke Doha untuk satu perlawanan lagi. Setakat ini, kita ada tiga pilihan, sama ada Arab Saudi, Oman atau UAE (Emiriyah Arab Bersatu),” ujarnya akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN