Piala Asia B-23: Pengendali Indonesia Beri Kritikan Pedas Buat Pengadil Di Qatar

Pengendali utama Indonesia iaitu Shin Tae-yong tampil dengan kenyataan cukup pedas, apabila beliau memberi kritikan buat kualiti pengadil dalam saingan Piala Asia bawah 23 (B-23) yang berlangsung di Qatar.

Indonesia mencatat kekalahan 1-2 bagi penentuan tempat ketiga Piala Asia B-23 dengan menyaksikan perjalanan mereka di kejohanan tersebut sudah pun berakhir.

Walaupun begitu, Sang Garuda masih berpeluang untuk melayakkan diri ke pentas Olimpik di Paris menerusi aksi ‘play-off’ menentang Guinea selepas ini.

Melihat kepada prestasi Indonesia di Qatar, Shin tampil dengan memberi pujian kepada para pemain mudanya yang dianggap meningkat dalam setiap perlawanan dihadapi.

Malah, Shin turut memberi kritikan kepada pengadil dengan menganggap beberapa keputusan dibuat telah memberi kesan kepada keputusan perlawanan dihadapi mereka.

“Mungkin ramai orang ketika ini sedar serta memberi penilaian buat prestasi Indonesia yang boleh saya katakan sangat meningkat sejak aksi sulung mereka. Pada saya, mereka layak diberi penghargaan.

“Tetapi, saya masih tak puas hati dengan kualiti pengadil pada aksi sulung serta di pentas separuh akhir. Keputusan tersebut sebenarnya mampu mengubah keputusan perlawanan di atas padang.

“Masalah yang berlaku ini disebabkan oleh kualiti individu mereka sahaja kerana sistem Video Assistant Referee (VAR) jauh lebih baik dalam penghasilan keputusan akhir.

“Buat pengadil yang gagal melihat perkara ini dengan lebih baik, sepatutnya mereka berhenti sahaja daripada bertugas,” luah Shin menerusi CNN Indonesia.

Terdahulu, Indonesia tampil dengan elemen kejutan di saingan tersebut apabila mereka mampu melangkah sehingga ke pusingan separuh akhir serta mengatasi beberapa pasukan handalan.

Bawah sentuhan Shin, beberapa rombakan telah dibuat beliau termasuk merubah gaya permainan Sang Garuda menjadi lebih berkualiti berbanding sebelum ini.

Siri kejayaan beliau bermula di peringkat kumpulan apabila Indonesia mengatasi cabaran Australia serta Jordan untuk mara ke pentas suku akhir.

Di saingan suku akhir, Sang Garuda mengejutkan ramai pemerhati bola sepak apabila mereka mengatasi cabaran Korea Selatan dengan aksi ditampilkan cukup cemerlang.

Walaupun begitu, hasrat mereka untuk melayakkan diri ke final tidak kesampaian apabila pasukan tersebut disekat oleh Uzbekistan serta menyaksikan Indonesia beraksi di penentuan tempat ketiga sahaja sebelum ditumpaskan Iraq.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN