Jual Dulu Baru Lancar, Pengurusan Penang Dilabel ‘Mangkaq’ Oleh Penyokong Sendiri

Pengurusan bola sepak Penang nampaknya telah pun memulakan kontroversi terbaharu mereka sebelum saingan Liga Malaysia bagi musim 2024/2025 bermula tidak lama lagi dengan menjadi mangsa pertikaian penyokong.

Apa tidaknya, pengurusan kelab tersebut dilaporkan menukar tarikh pelancaran jersi yang sepatutnya diadakan pada 5 Mei di Mydin Bukit Mertajam dan kebanyakan peminat sudah pun bersedia untuk meraikan perkara tersebut.

Namun, secara tiba-tiba tarikh jualan jersi diubah kepada sehari lebih awal serta lokasi turut berubah dengan ianya bakal dilancarkan pula di Tapak Pesta Sungai Nibong sempena Program Madani Rakyat.

Kemarahan itu ditimbulkan oleh pemilik akaun Ultras Panthers di media sosial X kerana dianggap bakal mengganggu para peminat bola sepak Penang akan perubahan itu.

Apatah lagi, Penang sendiri bakal menghadapi Perak pada tarikh 4 Mei ini untuk aksi persahabatan di Stadium Bandaraya sekali gus bakal menggugat kehadiran penyokong untuk membeli jersi di tapak pesta tersebut serta menghadiri lokasi perlawanan.

“Dah set elok launch jersi 5/5 Ahad di Mydin BM, last minit mai mangkaq mana taktau ubah juai dulu 4/5 sabtu di Tapak Pesta.

“4/5 tu ada VAR game lawan Perak di Std Bandaraya. Nak suruh fans pi support yang mana ni Penang FC?

“Jual dulu baru launch? Memang mintak maki ka PFC? 4hb Mei tu VAR game lawan Perak di Stadium Bandaraya.

“Bila fans tak penuh, mula lah nak kata fans tak support dan salahkan fans. Padahai decision making hangpa yang macam siye. Seronok ka kena maki?” ulas pemilik akaun tersebut.

Kenyataan itu turut mendapat maklum balas daripada penyokong di ruangan komen dengan menyatakan pihak pengurusan perlu mengekalkan sahaja tarikh awal dan tidak diubah kerana mengganggu percaturan penyokong.

“Terpaling madani pon payah jugak. Pelancaran dgn penjualan buat hari ahad kt mydin. Hari sabtu tu pi tengok friendly ja kat stadium,” luah Zaff Ikhwan.

Pemilik akaun Syirqan Roosli turut mengulas perkara tersebut dengan menganggap pengurusan Penang tidak serius untuk bola sepak di negeri tersebut.

“Pengurusan tak buat meeting utk align benda ni? Event launching jersi baru ni penting utk team dan fans.

“Kalau event mcm ni pun tak selaras, so nanti akan ada masalah dalam bab-bab yg lain pula. Macam tak serius saja nak urus kelab bola sepak, cuma syarat bagi ada saja,” kata beliau.

Apapun, Penang perlu menjelaskan kembali perkara ini dengan baik di media sosial rasmi untuk mengelakkan salah faham berlaku dalam kalangan peminat serta memalukan nama mereka dalam industri bola sepak Malaysia.

Selain Penang, beberapa kelab lain telah pun memperkenalkan jersi baharu mereka untuk saingan musim 2024/2025 seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor, Kelantan dan masih ada pasukan lain menunggu masa sahaja untuk merasmikannya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN