Piala Asia B-23: Iraq Akui Indonesia Sangat Kuat Untuk Dihadapi

Saingan Piala Asia bawah 23 (B-23) terus berlangsung pada hari ini dengan perlawanan seterusnya membabitkan antara Indonesia menentang cabaran Iraq bagi penentuan tempat ketiga.

Hasrat Iraq untuk mara ke pentas akhir sebelum itu tersekat apabila Jepun menjadi penghalang di pentas separuh akhir menerusi keputusan penuh 0-2 di Stadium Jasim Bin Hamad, Qatar.

Kegagalan itu menyaksikan mereka hanya mempunyai peluang untuk merebut tempat ketiga terbaik pada kejohanan itu menentang Indonesia pada hari ini.

Walaupun begitu, Indonesia pastinya tidak akan memberi cabaran mudah kerana skuad kendalian Shin Tae-yong ini juga pastinya ingin memburu slot ke pentas Olimpik di Paris.

Sang Garuda pastinya ingin bangkit selepas mereka mencipta kekalahan 0-2 pada aksi lalu di pentas separuh akhir ketika berdepan Uzbekistan bersama aksi kurang menyakinkan.

Tampil dengan elemen kejutan untuk mara ke pentas separuh akhir, pastinya Iraq ingin berwaspada untuk mengelak daripada menjadi mangsa kekalahan seterusnya.

Menurut Munthader Mohammed selaku pemain tengah Iraq, beliau mengakui prestasi Indonesia di pentas Piala Asia B-23 sangat kuat untuk dihadapi.

Untuk menghadapi Sang Garuda, beliau juga mengakui pelbagai persiapan dibuat pasukan tersebut serta tidak ingin rakan sepasukan lain mengambil mudah cabaran bakal diberikan oleh lawan.

Munthader tampil berwaspada kerana Indonesia sebelum itu sudah pun melakar kejutan ketika mengatasi cabaran Australia, Jordan, serta Korea Selatan yang dianggap selaku pasukan pilihan.

“Persiapan kami setakat ini boleh dikatakan berjalan dengan sangat lancar dan mengikut perancangan diterapkan oleh para kejurulatihan pasukan.

“Malah, kami juga sudah pun melupakan kekalahan lalu sewaktu menentang Jepun dan kini ingin memberi fokus sepenuhnya untuk menghadapi cabaran Indonesia.

“Seperti diketahui, Indonesia merupakan salah satu pasukan yang cukup kuat dan ini adalah fakta perlu diterima sepanjang mereka menyertai kejohanan tersebut.

“Tetapi saya dan rakan sepasukan lain juga sudah pun membuat persediaan terbaik dan berharap keputusan positif mampu dilakar pada perlawanan ini.

“Saya berharap Iraq mampu melayakkan diri ke pentas Olimpik. Hanya ini peluang terbaik kami ada untuk meraih slot tersebut selepas gagal mara ke final.

“Kami sedia melakukan yang terbaik untuk mengurangkan sebarang kesilapan selain staf kejurulatihan juga bakal menyusun strategi berguna selain keyakinan dimiliki kini untuk menentang Indonesia,” ulas Munthader menerusi laporan dikeluarkan oleh Bola.com.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN