Piala Asia 2023: Sekurangnya Bawa Pulang 1 Mata Untuk Penyokong Malaysia

Malaysia kini boleh dianggap berada dalam misi getir untuk berdepan dengan Korea Selatan yang merupakan pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Asia 2023.

Melalui dua kekalahan dihadapi Malaysia sebelum itu, skuad kendalian Kim Pan-gon secara rasminya telah pun tersingkir untuk ke pusingan 16 terbaik pada kejohanan tersebut.

Kedudukan semasa Kumpulan E kini menyaksikan Malaysia berada di tangga terakhir selepas mereka gagal mengumpul sebarang mata ketika berdepan Jordan dan Bahrain.

Secara logiknya, Harimau Malaya sukar untuk mendapatkan kemenangan pada aksi berdepan gergasi Asia itu jika dilihat pada pelbagai aspek.

Namun, ia juga tidak mustahil jika Malaysia menyasarkan satu mata pada perlawanan tersebut dengan mengheret pasukan lawan meraih keputusan seri sehingga wisel penamat dibunyikan.

Apatah lagi Korea Selatan juga masih segar dengan keputusan seri dicatat ketika mereka bertemu Jordan beberapa hari lalu dan mempamerkan sisi kelemahan pada posisi pertahanan.

Apa diperlukan pasukan kebangsaan kini pastinya membabitkan disiplin permainan mereka sewaktu bertahan serta mengelak untuk membiarkan lawan menguasai posisi tengah sepanjang aksi berlangsung.

Daripada segi pemilihan pemain juga sangat penting, kerana Kim tidak boleh membuat sebarang kesilapan yang bakal mengundang padah buat negara seperti aksi lalu bertemu Bahrain.

Suka atau tidak, hanya Ahmad Syihan Hazmi merupakan penjaga gol terbaik dimiliki skuad kebangsaan kini untuk mengawal gawang gol negara jika dinilai daripada segi pengalaman berbanding Sikh Izhan Nazrel serta Azri Ghani.

Daripada segi pemilihan pertahanan, Dominic Tan, Shahrul Saad serta Dion Cools dianggap mempunyai kombinasi terbaik untuk menyekat kemaraan serangan lawan atas faktor persefahaman serta kekuatan fizikal selain memiliki kepantasan terbaik.

Matthew Davies serta Corbin Ong dijangka akan terus kekal mengisi kekosongan utama untuk membantu serangan serta mengetuai jentera pertahanan negara.

Nama Brendan Gan mungkin boleh dijadikan sebagai cadangan utama untuk mengisi posisi tengah negara jika dilihat pada kemampuan beliau untuk mengimbangi pertahanan serta serangan.

Pasangannya iaitu Stuart Wilkin perlu terus diberi peluang untuk mengisi posisi tengah serangan kerana kemampuan dimiliki beliau cukup tinggi untuk mencipta rembatan jarak jauh.

Trio serangan negara pula tertumpu kepada kepantasan dimiliki oleh Faisal Halim serta Arif Aiman Hanapi selain Darren Lok perlu diberikan semula tugas selaku penggempur utama ekoran persefahaman tinggi dimiliki kedua pemain berkenaan.

Impian untuk memenangi perlawanan tersebut mungkin sedikit kabur kini, namun hasrat bagi memperoleh sekurangnya satu mata masih dianggap logik untuk skuad negara mencipta sesuatu berhadapan Korea Selatan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN