Faisal Halim Antara Percaturan Penting Harimau Malaya Untuk Berdepan Korea Selatan

Pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim dijangka akan terus membarisi kesebelasan utama Harimau Malaya pada hari ini untuk perlawanan akhir Kumpulan E bagi saingan Piala Asia 2023 menentang Korea Selatan.

Malaysia menjadi antara negara yang mencatat rekod terburuk sebelum itu dalam saingan Piala Asia 2023 selepas mereka mencipta dua kekalahan berturut-turut dengan tiada sebarang gol direkodkan serta bolos sebanyak lima jaringan.

Bawah kendalian Kim Pan-gon, Malaysia berjaya melayakkan diri secara merit selepas menanti 42 tahun untuk ke saingan tersebut, namun segalanya tampak masih kurang menjadi buat skuad kebangsaan.

Bermula dengan siri kekalahan besar 0-4 kepada Jordan, skuad kebangsaan yang cuba menghidupkan peluang pada aksi bertemu Bahrain juga turut tewas menerusi keputusan 0-1.

Aksi akhir ini menyaksikan ianya merupakan satu-satunya peluang buat Malaysia untuk cuba bangkit mencipta sekurangnya keputusan seri atau menjaringkan satu gol demi menggembirakan para penyokong negara.

Atas kertas, segalanya mungkin sukar tetapi tidak mustahil sebenarnya untuk Malaysia mencipta kejayaan jika para pemain mengikut percaturan ditetapkan oleh Kim sepanjang aksi itu berlangsung.

Untuk aksi ini, tiga pemain dijangka bakal menjadi tumpuan utama untuk cuba mencipta kejutan berdepan Korea Selatan dengan Faisal Halim menjadi salah satu tonggak tersebut.

Pada dua aksi lalu, kelibat Faisal boleh dianggap cukup menyakinkan untuk sekurangnya memberi tekanan tinggi buat pertahanan lawan.

Menerusi kelebihan Faisal daripada segi kelincahan serta kreativiti mencipta peluang gol, dijangka beliau akan terus dikekalkan dalam kesebelasan utama.

Dominic Tan

Pemain paling banyak menerima kritikan keras sebelum aksi Piala Asia 2023 berlangsung, sehingga nama Kim turut dipertikaikan kerana terus menyenaraikan nama Dominic untuk saingan tersebut.

Namun, Dominic berjaya membalas kepercayaan Kim dan membuktikan kepada penyokong beliau masih lagi menjadi antara pertahanan terbaik buat pasukan kebangsaan era kini.

Menerusi corak permainan ditampilkan beliau begitu berdisiplin ketika menentang Bahrain, banyak percubaan cuba dicipta pasukan lawan berjaya diatasinya selain kombinasi permainan sesama mereka jelas menyakinkan.

Stuart Wilkin

Tidak dinafikan, beliau menjadi satu-satunya pemain paling konsisten buat pasukan negara sepanjang aksi Piala Asia 2023 berlangsung di Qatar.

Beraksi selaku pemain tengah menyerang, Wilkin menjadi antara pemain paling rajin bergerak di serata arah kawasan dalam usaha beliau untuk sentiasa memenangi bola serta menguasai permainan.

Bertemu Korea Selatan, pastinya Wilkin ditagih untuk cuba mencipta beberapa hantaran berbahaya kepada pemain serangan lain serta rembatan deras tepat beliau dari jarak jauh.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN