Piala Asia 2023: Malaysia Cipta ‘Magis’ Untuk Ikat Korea Selatan

Malaysia berjaya mencipta kejutan pada aksi terakhir Piala Asia 2023 peringkat Kumpulan E, apabila mereka mencipta keputusan seri untuk mengikat gergasi Asia iaitu Korea Selatan.

Pada aksi terakhir Kumpulan E itu, Malaysia terikat seri bersama Korea Selatan menerusi keputusan 3-3 hasil jaringan Jeong Woo-yeong, Lee Kang-in, serta Son Heung-min.

Walaupun begitu, Malaysia tidak pulang dengan tangan kosong apabila berjaya mendapatkan tiga gol ketika bertemu Korea Selatan sebelum itu hasil ledakan Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi serta Romel Morales.

Lima minit awal perlawanan menyaksikan segalanya tampil seimbang, apabila Malaysia berjaya menyerap segala asakan cuba dibuat lawan dengan begitu positif sekali.

Malaysia tampil dengan lebih bersedia, dengan begitu banyak tekanan dicipta mereka untuk menghalang lawan menguasai bola lebih lama, terutama dari kawasan tengah padang.

Selepas 10 minit aksi berlangsung, masih tiada sebarang jaringan terhasil selain bola jelas lebih banyak berlegar di tengah padang dengan membabitkan kedua pasukan.

Malaysia hampir dikejutkan oleh Korea Selatan menerusi satu situasi serangan pantas sebelum rembatan Son Heung-min dinafikan oleh Syihan Hazmi pada minit ke-15.

Korea Selatan akhirnya berjaya membuka jaringan sulung mereka pada minit ke-21 menerusi tandukan Jeong Woo-yeong hasil sepakan sudut yang diambil sempurna untuk menewaskan Syihan Hazmi.

Memasuki minit-minit akhir separuh masa pertama, Korea Selatan tampil dengan siri serangan bertali arus dengan skuad kebangsaan lebih banyak berkampung di kawasan sendiri menyerap segala asakan.

Syihan sendiri menjadi antara pemain paling sibuk ketika itu dengan beberapa percubaan dicipta lawan menuju tepat ke arah penjaga gol berpengalaman tersebut.

Bersambung di separuh masa kedua, skuad kebangsaan masih lagi menghadapi kesukaran untuk cuba menguasai permainan, apatah lagi melancarkan sebarang serangan ke arah gawang lawan.

Faisal Halim akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-50 untuk kembali menghidupkan peluang Malaysia pada aksi ini menerusi rembatan beliau dari sebelah kiri untuk menewaskan penjaga gol Korea Selatan.

Sepakan penalti diberikan kepada Malaysia, apabila hasil rakaman VAR menunjukkan Arif Aiman jelas dikasari oleh pertahanan Korea Selatan pada minit ke-58.

Arif berjaya menyudahkan sepakan tersebut untuk meletakkan Malaysia kini di hadapan pasukan lawan sekali gus mencipta sejarah baharu pada era bola sepak moden kini bawah kendalian Kim.

Faisal hampir sekali lagi meletakkan Malaysia selesa di hadapan pada minit ke-66, namun percubaan deras beliau sedikit melewati gawang gol selepas menerima satu umpanan berkualiti daripada Arif Aiman.

Korea Selatan kembali menyamakan kedudukan menerusi satu sepakan percuma yang begitu berkualiti daripada Lee Kang-in pada minit ke-83.

12 minit masa tambahan menyaksikan Malaysia menghadapi kesukaran untuk menyerap serangan bertali arus daripada barisan serangan pasukan lawan.

Korea Selatan mendapat peluang sepakan penalti, apabila ada kekasaran dilakukan oleh pertahanan negara untuk memberi ruang kepada Son Heung-min menyudahkannya pada masa tambahan.

Romel Morales berjaya menjadi wira buat pasukan kebangsaan, apabila pemain ini meledak gol pada saat terakhir untuk mengikat Korea Selatan pada aksi terakhir Kumpulan E.

Keputusan perlawanan kekal tamat, dengan ianya berpihak kepada Korea Selatan menerusi keputusan penuh 3-3 untuk mengatasi Malaysia, sekali gus menyaksikan Harimau Malaya berjaya mengumpul 1 mata dalam saingan Piala Asia 2023.

Kesebelasan Utama

Malaysia: Ahmad Syihan Hazmi (Penjaga Gol), Shahrul Saad, Daniel Ting, Dominic Tan, Faisal Halim, Stuart Wilkin, Darren Lok, Arif Aiman Hanapi, Brendan Gan, Dion Cools (Kapten), Corbin-Ong

Korea Selatan: Jo Hyeon-woo (Penjaga Gol), Kim Min-jae, Hwang In-beom, Song Heung-min (Kapten), Cho Gue-sung, Lee Jae-sung, Jeong Woo-yeong, Lee Kang-in, Kim Young-gwon, Seol Young-woo, Kim Tae-hwan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN