“Pernah Digelar Maguire Malaysia”- Dominic Tan Buktikan Beliau Antara Pertahanan Terbaik Negara

Pertahanan kebangsaan, Dominic Tan membuktikan kepada seluruh penyokong negara beliau masih lagi merupakan antara pemain memiliki kelas tersendiri di pentas antarabangsa.

Terdahulu, Malaysia berjaya memastikan satu mata sekurangnya diraih mereka pada aksi terakhir Piala Asia 2023 bagi peringkat Kumpulan E, selepas pasukan tersebut mencipta kejutan untuk mengikat Korea Selatan menerusi keputusan 3-3.

Pada aksi itu, Malaysia berjaya menjaringkan tiga gol menerusi Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi, serta ledakan minit akhir permainan melalui Romel Morales.

Tiga gol Korea Selatan pula terhasil melalui Jeong Woo-yeong, Son Heung-min, serta bintang tengah mereka iaitu Lee Kang-in yang meledak gol sepakan percuma bertaraf dunia.

Sepanjang aksi berlangsung, Dominic tampil dengn kualiti permainan cukup menyakinkan selaku pertahanan tengah negara apabila beliau tidak memberikan sebarang ruang buat mana-mana pemain Korea Selatan bebas mencipta peluang.

Walaupun dibolosi tiga gol, secara individu pemain itu tampil paling menonjol untuk menyerap segala tekanan dicipta pasukan lawan.

Malah, Dominic juga berjaya melakukan beberapa bentesan kritikal untuk memastikan percubaan lawan tidak melepasi gawang gol pasukan kebangsaan dengan sangat cemerlang.

Keyakinan dipamerkan oleh Dominic di posisi pertahanan negara itu menyaksikan beliau kini wajar menerima pujian penuh para penyokong kebangsaan selepas dirinya mendapat kritikan besar pada aksi Pestabola Merdeka tahun lalu.

Malah, nama beliau juga terus mendapat pertikaian besar dalam kalangan penyokong pada awalnya selepas Dominic terus diberi kepercayaan menyarung jersi Harimau Malaya.

Tampil dengan aksi menyakinkan sejak bertemu Bahrain lalu, Dominic terus melangkah dengan yakin untuk menghadapi barisan serangan menggila daripada Korea Selatan.

Menerusi aksi beliau yang berkualiti di pentas Piala Asia 2023 ini, tentunya kelibat beliau mampu untuk menarik minat beberapa kelab untuk musim hadapan.

Kredibiliti dipamerkan oleh Dominic jelas merupakan sesuatu wajar dicontohi, tatkala beliau terus bangkit untuk mengharumkan nama negara walaupun menerima kritikan lalu dari pelbagai arah.

Pestabola Merdeka: Dominic Tan Terima Gelaran ‘Harry Maguire Malaysia’

Gelaran seperti ‘Maguire Malaysia’ yang dilemparkan kepada pemain ini dalam segelintir penyokong kebangsaan juga menjadikan Dominic kini semakin matang di atas padang.

Kami di Semuanya BOLA mengucapkan tahniah buat Dominic yang berjuang bermatian sepanjang aksi itu sehingga menjadi antara komponen penting buat kejayaan Malaysia mengikat Korea Selatan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN