Aksi Daniel Ting ‘Kunci’ Son Dianggap Lebih Menyakinkan Berbanding Pertahanan Arsenal

Kelibat bintang Tottenham Hotspur iaitu Son Heung-min sememangnya menjadi antara paling mencuri tumpuan ketika aksi membabitkan Malaysia menentang Korea Selatan pada saingan akhir Piala Asia 2023 peringkat Kumpulan E.

Apa tidaknya, Son hadir dengan reputasi cukup tinggi sebagai antara pemain bintang dunia yang menghiasi saingan Piala Asia pada edisi kali ini.

Walaupun begitu, impak diberikan pemain tersebut boleh dianggap kurang memberansangkan apabila Son hanya meledak dua gol penalti sahaja setakat ini sepanjang tiga perlawanan berlangsung.

Malah, kelincahan beliau juga seolah hilang sepanjang saingan Asia ini dengan terbaharu beliau jelas ditenggelami akan aksi hebat pertahanan negara, Daniel Ting.

Pada aksi tersebut, boleh dikatakan aksi Son sentiasa dibayangi oleh Daniel dengan halangan demi halangan dilakukan pertahanan Sabah itu untuk menyekat kemaraan Son.

Malah, beberapa situasi 1 lawan 1 juga menyaksikan Daniel seolah langsung tak mengalami masalah untuk menyekat kelincahan pemain kebangsaan Korea Selatan itu daripada bebas memasuki petak penalti.

Daniel yang dibawa masuk dalam kesebelasan utama pada aksi tersebut tampil sangat menyakinkan bersama Dominic Tan untuk menjadi antara benteng kebal Malaysia dalam aksi terakhir tersebut.

Lebih menarik, ada penyokong Arsenal, Muhammad Fikram Afiq turut melontarkan pujian kepada Daniel di Facebook Ultras Arsenal Malaysia apabila Daniel lebih menyakinkan berbanding pertahanan The Gunners untuk mengawal Son.

“Defend Arsenal punya la payah nak jaga Son ni, dapat ke Daniel Ting macam tu je dia jaga,” kata beliau sambil mendapat pelbagai maklum balas di ruangan komen.

Terdahulu, Malaysia berjaya memastikan satu mata sekurangnya diraih mereka pada aksi terakhir Piala Asia 2023 bagi peringkat Kumpulan E, selepas pasukan tersebut mencipta kejutan untuk mengikat Korea Selatan menerusi keputusan 3-3.

Pada aksi itu, Malaysia berjaya menjaringkan tiga gol menerusi Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi, serta ledakan minit akhir permainan melalui Romel Morales.

Tiga gol Korea Selatan pula terhasil melalui Jeong Woo-yeong, Son Heung-min, serta bintang tengah mereka iaitu Lee Kang-in yang meledak gol sepakan percuma bertaraf dunia.

Daniel menjadi antara pemain negara cukup menyerlah sepanjang aksi tersebut sepanjang perlawanan berlangsung menerusi disiplin dipamerkan beliau untuk mengawal pertahanan lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN