Piala Asia 2023: Junior Eldstal Pasang Tekad Untuk Banggakan Malaysia

Pertahanan kental Malaysia, Junior Eldstal memasang tekad tersendiri untuk membanggakan nama Malaysia pada aksi terakhir Piala Asia 2023 peringkat Kumpulan E.

Harimau Malaya sebelum itu secara rasminya sudah pun tersingkir untuk ke pusingan 16 terbaik Piala Asia 2023 selepas mereka mencatat dua kekalahan berturut-turut pada aksi Kumpulan E di tangan Jordan dan Bahrain.

Aksi terakhir menentang Korea Selatan ini sebenarnya tidak lagi membawa sebarang makna buat Malaysia untuk cuba mencari peluang ke pusingan seterusnya.

Namun, ianya tetap dianggap penting buat skuad kebangsaan dalam usaha mereka untuk cuba membanggakan penyokong setia Malaysia pada aksi terakhir itu.

Laporan semasa juga turut menyatakan pasukan negara sesekali tidak akan memberi cabaran mudah sepanjang tempoh 90 minit aksi berlangsung berdepan Korea Selatan.

Jelas Eldstal, para pemain kebangsaan kini langsung tidak mengambil mudah untuk aksi terakhir mereka berdepan gergasi Asia itu walaupun menyedari pintu ke pusingan 16 terakhir sudah tertutup.

Apatah lagi pertahanan itu juga menyifatkan aksi tersebut merupakan sebahagian daripada tugasan mereka untuk cuba disempurnakan mereka pada Khamis ini.

“Masih lagi dalam pertandingan dan kami tetap fokus akan pergi ke sana (Stadium Al Janoub).

“Aksi terakhir ini kami akan buat habis-habisan untuk diri sendiri dengan harapan membuatkan Malaysia bangga.

“Kami telah melupakan apa yang berlaku (kekalahan) semasa bertemu Bahrain. Misi kami adalah sekurang-kurangnya dapatkan mata di Qatar ini,” katanya menerusi laporan telah dikeluarkan sebelum itu melalui Harian Metro.

Pada masa sama, Eldstal mengakui pasukan kebangsaan juga turut memiliki peluang untuk mendapatkan mata pada aksi terakhir itu walaupun ianya sangat sukar bagi dipenuhi Malaysia.

“Mungkin ada peluang (dapat mata) walaupun agak tipis dan pentas di Doha adalah peluang terakhir bermain untuk pemain tua di Piala Asia akan datang,” katanya.

Eldstal menjadi antara pemain yang dibawa turun dalam kesebelasan utama pada aksi pertama membabitkan pasukan kebangsaan menentang Jordan.

Namun, beliau tidak dipertaruhkan pada aksi seterusnya ketika menentang Bahrain dan sudah tentu nama pertahanan ini bakal dipertimbangkan dalam kesebelasan utama berdepan Korea Selatan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN