Piala Asia 2023: Ini Pandangan Aidil Sharin Mengenai aksi Sulung Malaysia

Pengendali Kuching City, Aidil Sharin Sahak tampil optimis mengenai perjalanan skuad Harimau Malaya dalam saingan Piala Asia 2023 walaupun mereka mencatat kekalahan 0-4 di tangan Jordan bagi peringkat Kumpulan E.

Terdahulu, Malaysia tampil serba tidak menjadi pada aksi sulung mereka di Qatar, selepas Jordan mudah mendapatkan gol untuk memastikan tiga mata menjadi milik pasukan lawan.

Empat gol Jordan terhasil menerusi pemain sayap mereka iaitu Mahmoud Al-Mardi serta penyerang sensasi mereka, Mousa At Tamari untuk memastikan tiga mata penuh diraih pasukan tersebut.

Melihat kepada keputusan negatif Harimau Malaya itu, Aidil Sharin tampil memberi pandangan beliau tersendiri ketika ditanya oleh Semuanya BOLA.

Jelas Aidil, Malaysia sudah pun mencuba segalanya yang termampu untuk perlawanan tersebut tetapi nasib tidak memihak kepada mereka untuk memberi persaingan kepada Jordan.

Malah, kredit perlu diberikan kepada Jordan sebenarnya yang bijak menggunakan setiap peluang keemasan untuk memastikan kemenangan sulung diraih pasukan itu di peringkat Kumpulan E.

Selain itu, Aidil turut berharap supaya semua penyokong bola sepak negara terus memberikan sokongan padu kepada Kim Pan-gon dan para pemain Malaysia yang kini perlahan-lahan dianggap semakin meningkat.

“Pada pandangan saya, mereka sudah pun mencuba sedaya upaya dengan begitu baik tetapi hari itu bukan untuk Malaysia, sebaliknya kredit perlu diberikan kepada Jordan yang menggunakan peluang ada untuk meraih kemenangan.

“Kita perlu terus memberi sokongan kepada Kim dan para pemainnya yang pada pandangan saya semakin meningkat secara perlahan-lahan.

“Dalam dunia bola sepak, segalanya boleh berlaku dan paling penting mereka perlu percaya kepada apa dilakukan di atas padang.

“Untuk perubahan? Pandangan saya kurangkan membuat kesalahan dan kita tahu tahap di pentas antarabangsa ini sangat berbeza dengan kualiti penyerang setiap negara sangat bagus, pasukan perlu bertahan dan memberi fokus 100%,” ujar Aidil.

Pada masa sama, Aidil juga sangat gembira melihat aksi berkualiti dipamerkan oleh bekas pemainnya iaitu Mahmoud Al-Mardi bersama Jordan yang dianggap sangat menonjol.

“Dia merupakan salah seorang pemain yang saya sangat senang untuk bekerjasama bersamanya pada suatu ketika.

“Al Mardi merupakan seorang pemain yang sangat profesional dan saya sangat sedih bila musim lalu Kedah tidak melanjutkan kontraknya selepas pemain itu membuktikan dirinya antara pemain sayap terbaik di Asia,” jelas Aidil akhir sekali.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN