Piala Asia 2023: David Rowley Yakin Kim Pan-gon Mampu Cipta Magis Tersendiri

Pemain tengah Sri Pahang, David Rowley tampil dengan begitu optimis mengenai skuad Harimau Malaya yang dianggap mampu mencipta magis tersendiri dalam saingan Piala Asia 2023.

Menurut pemain warisan tersebut, secara realistiknya Malaysia masih lagi merupakan antara pasukan ‘underdog’ jika dibandingkan negara kuasa besar bola sepak lain.

Untuk saingan Piala Asia ini, Harimau Malaya telah diletakkan dalam Kumpulan E untuk bersama-sama Jordan, Bahrain, serta gergasi bola sepak, Korea Selatan.

Malah, skuad kebangsaan juga sudah pun mencatat keputusan positif pada aksi persahabatan secara tertutup lalu menerusi keputusan seri 2-2 ketika berdepan Syria menerusi dua jaringan terhasil melalui Arif Aiman Hanapi serta Paulo Josue.

Walaupun Malaysia dianggap sebagai pasukan bukan pilihan, Rowley mengakui Kim Pan-gon mempunyai sentuhan magis tersendiri untuk mencipta sesuatu di luar jangkaan bersama anak-anak buahnya.

Malah, Rowley juga menganggap Malaysia mempunyai peluang cerah untuk meraih kemenangan pada aksi bertemu Bahrain di peringkat kumpulan bagi mendapatkan tiga mata penuh.

“Sudah tentu Malaysia masih lagi merupakan antara pasukan ‘underdog’ untuk saingan Piala Asia kali ini di Qatar.

“Malah, saingan Liga Malaysia (Liga M) sendiri masih lagi jauh di belakang negara besar di Asia seperti Jepun, Korea Selatan, serta Qatar yang sudah pun diakui.

“Walaupun begitu, jurulatih Kim masih merupakan antara yang sangat bagus dan mungkin dapat mencipta magis tersendiri bersama para pemainnya. Bahrain merupakan peluang besar sebenarnya untuk kita mengatasi mereka dengan kemenangan besar,” jelas Rowley kepada Semuanya BOLA.

Pada masa sama, Rowley juga mengakui beliau menjadikan Australia sebagai negara kedua untuk pemain tersebut memberikan sokongan sepanjang saingan berlangsung.

Mengulas tentang negara yang memiliki peluang besar untuk memenangi kejuaraan Piala Asia 2023, pemain tengah bertahan tersebut menganggap Jepun dan Korea Selatan memiliki peluang seimbang.

“Pemain tumpuan untuk saingan Piala Asia kali ini selain Malaysia, saya akan memfokuskan kepada bintang Korea Selatan iaitu Son Heung-min,” ujar Rowley lagi.

Walaupun tidak terpilih menyertai kem kebangsaan ke saingan Piala Asia kali ini, nama Rowley tetap tersenarai sebelum itu untuk barisan bersedia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN