8 Pemain Saingan EPL Sedia Gegar Piala Asia 2023

Saingan Piala Asia 2023 kian menghampiri tarikh pembukaannya dengan kini setiap negara yang menyertai kejohanan tersebut sudah pun mula mengesahkan senarai pemain mereka.

Beraksi di Qatar, ianya menjadi sesuatu cukup istimewa khususnya buat Malaysia yang tampil melayakkan diri secara merit selepas menamatkan penantian 43 tahun.

Untuk kejohanan ini, tumpuan utama sudah tentu terarah kepada beberapa pemain bintang ternama yang beraksi bersama kelab handalan dunia untuk mewakili negara masing-masing.

Bagi edisi 2023, lapan pemain bintang dalam saingan English Premier League (EPL) sah akan menyertai kejohanan tersebut selepas senarai nama pemain sudah pun dikeluarkan negara masing-masing.

Untuk Jepun sahaja mereka mempunyai tiga orang pemain yang ketika ini masih aktif berada dalam saingan EPL bersama prestasi sangat menyakinkan.

Tiga pemain dari saingan EPL yang dipanggil Jepun kali ini ialah salah satu tonggak pertahanan Arsenal, Takehiro Tomiyasu, bintang tengah Brighton & Hove Albion iaitu Kaoru Mitoma, serta wakil dari Liverpool, Wataru Endo.

Salah satu pemain tumpuan negara tersebut sudah tentu terarah kepada Mitoma yang tampil begitu cemerlang bersama Brighton serta telah dinobatkan sebagai Pemain Jepun Terbaik musim 2023.

Namun, keadaan semasa Mitoma belum dipastikan bakal dibawa turun beraksi atau tidak kerana laporan semasa menyatakan beliau masih mengalami kecederaan.

Korea Selatan juga turut mempertaruhkan tiga pemain mereka yang beraksi dalam saingan EPL dan salah satu nama paling mencuri tumpuan pasti terarah kepada Son Heung-min.

Musim ini sahaja menyaksikan Son telah pun meledak 12 gol bersama lima bantuan jaringan daripada 20 penampilan beliau bersama Tottenham Hotspur, dan ketajaman pemain tersebut sudah tentu ditagih Korea Selatan yang juga akan bertemu Harimau Malaya di Kumpulan E.

Selain itu, dua lagi pemain Korea Selatan yang tersenarai dari saingan EPL merupakan penyerang berbisa Wolves iaitu Hwang Hee-chan serta bintang muda Brentford, Kim Ji-soo.

Akhir sekali merupakan wakil tunggal dari Iran dan beraksi bersama Brentford musim ini iaitu Saman Ghoddos, serta bintang warisan baharu Indonesia yang mewakili Wolves, Justin Hubner.

Pada pandangan anda, pemain EPL mana yang dijangka bakal mencuri tumpuan untuk saingan Piala Asia 2023 ini di Qatar?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN