Piala Asia 2023: 3 Bintang Tumpuan Negara Untuk Aksi Pertama Menentang Jordan

Malaysia akhirnya akan menghadapi perlawanan pertama mereka pada pagi nanti dalam saingan Piala Asia 2023 dengan pertemuan membabitkan pasukan tersebut menentang Jordan.

Aksi yang bakal berlangsung di Stadium Al Janoub, Qatar itu menyaksikan Malaysia bakal membuka tirai saingan dengan misi sangat getir untuk cuba mendapatkan mata daripada perlawanan tersebut.

Malaysia sebelum itu sudah pun menghadapi satu aksi pemanas badan bertemu Syria dengan perlawanan tersebut berkesudahan 2-2 melalui jaringan Arif Aiman Hanapi serta Paulo Josue.

Momentum negara ketika ini boleh dianggap berada dalam keadaan terbaik serta turun tanpa sebarang tekanan untuk cuba mencipta kejutan mengatasi pasukan lawan.

Walaupun dihimpit kecederaan dengan membabitkan beberapa pemain, secara keseluruhan Malaysia masih memiliki rantaian bintang untuk dibawa turun Kim Pan-gon untuk menghadapi pasukan lawan.

Untuk saingan ini, Semuanya BOLA memilih tiga pemain yang dijangka akan tampil dengan aksi menyerlah untuk membantu Harimau Malaya mengumpul mata pertama mereka di Qatar.

Faisal Halim

Pemain sayap negara ini jelas berada dalam momentum terbaik ketika untuk dibawa turun dalam kesebelasan utama di posisi serangan negara bagi menggempur pertahanan Jordan.

Hadir selaku penjaring terbanyak negara era kejurulatihan Kim, pemain Selangor ini mempunyai peluang cukup cerah untuk cuba melakar rekod meledak gol seterusnya di pentas tertinggi Asia itu.

Kelicikan Faisal daripada segi gelecekan serta tajam di hadapan gol menjadikan beliau sebagai aset cukup berharga ketika ini terutama menerusi situasi serangan balas pantas bagi mendapatkan jaringan.

Arif Aiman Hanapi

Pemain muda ini tampil dengan reputasi cukup tinggi serta mendapat perhatian media dalam serta luar negara menerusi prestasi memukau beliau di pentas antarabangsa.

Arif turut menjadi antara pemain bakal menyerlah bagi saingan Piala Asia 2023 ini sebaris beberapa bintang lain bagi kejohanan tersebut selepas cemerlang bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk aksi AFC Champions League (ACL) serta ketika mewakili pasukan kebangsaan.

Kelebihan Arif pastinya daripada segi gelecekan, kepantasan beliau melarikan bola daripada pertahanan lawan, serta memiliki keupayaan tinggi membuat umpanan berbahaya kepada rakan serangan lain.

Dion Cools

Salah seorang pemain paling penting ketika ini buat pasukan negara yang dijangka akan mengetuai pertahanan Malaysia untuk mengelak daripada dibocori serangan lawan.

Dion yang memiliki pengalaman cukup tinggi di pentas Eropah sebelum itu pastinya ditagih untuk menggunakan segala kelebihan beliau bagi memperkukuhkan disiplin pertananan Malaysia.

Malah, kelebihan beliau untuk meledak gol menerusi situasi sepakan percuma juga sudah tentu ditagih selain kualiti Dion daripada segi membuat hantaran lintang berkualiti dalam petak penalti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN