Faktor Vietnam Berjaya Buktikan Mereka Tidak Jadi Mangsa ‘Belasahan’ Jepun

Saingan Piala Asia 2023 bagi peringkat Kumpulan D telah pun berlangsung dan hampir mencipta kejutan tersendiri menerusi perlawanan membabitkan Vietnam menentang Jepun.

Apa tidaknya, tatkala ramai menjangkakan Vietnam bakal menjadi pasukan belasahan di tangan Jepun, pasukan tersebut berjaya memberi saingan sengit dan hanya tewas menerusi keputusan 2-4.

Dua gol Vietnam pada perlawanan tersebut berjaya terhasil menerusi bintang muda mereka iaitu Nguyen Dinh Bac serta Pham Tuan Hai, sementara Jepun mendapat empat jaringan hasil ledakan dua kali daripada Takumi Minamino, Keita Nakamura, serta Ayase Ueda.

Sepanjang saingan berlangsung, Vietnam sebenarnya langsung tidak diletakkan dengan sebarang harapan selepas mereka kehilangan begitu ramai bintang utama akibat kecederaan.

Berbanding Jepun pula yang tampil dengan reputasi cukup gah selepas beberapa perlawanan lalu menyaksikan mereka berjaya memperoleh kemenangan dengan jumlah besar.

Persoalannya, bagaimana Vietnam berjaya menyekat kemaraan Jepun untuk menghasilkan jaringan besar serta mengelak daripada dibuli sepanjang aksi berlangsung?

Ketangkasan Filip Nguyen

Para peminat Vietnam pastinya perlu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Filip yang bertindak dengan sangat cemerlang pada aksi tersebut untuk menafikan percubaan berbahaya lawan.

Walaupun melepaskan empat gol, Filip jelas tidak terjejas daripada segi fokus beliau untuk memastikan gawang beliau tidak dibocori lebih banyak jaringan serta memberi kehampaan buat serangan lawan.

Aksi di separuh masa kedua jelas menjadikan pemain warisan Vietnam itu begitu menonjol selepas mereka diasak bertali arus termasuk banyak percubaan tepat serta berbahaya dilepaskan oleh Jepun.

Selain menepis banyak percubaan penting, Filip juga menjadi antara pemain paling lantang untuk memberi arahan kepada rakan pertahanan supaya tampil memberi fokus sepenuhnya sehingga aksi tamat.

Disiplin pertahanan Vietnam harus dipuji

Pertahanan Vietnam jelas tampil begitu bersedia untuk menghadapi perlawanan tersebut walaupun dibarisi beberapa pemain muda kurang berpengalaman di pentas antarabangsa.

Jepun menghadapi begitu banyak kesukaran terutama di separuh masa pertama dalam usaha mereka untuk cuba melepasi pertahanan lawan yang begitu tersusun serta sangat berdisiplin.

Tekanan-tekanan tinggi jelas diberikan oleh pemain Vietnam sepanjang aksi berlangsung dengan mereka tidak membiarkan Jepun menguasai bola dengan begitu lama selain para pemain skuad kendalian Phillipe Troussier itu juga tenang mengeluarkan bola daripada zon berbahaya.

Aspek indvidu pemain Vietnam sangat baik

Selain mempunyai persefahaman tinggi sesama pemain di atas padang, kualiti setiap daripada mereka juga sangat bagus terutama sekali daripada segi kawalan bola.

Ada beberapa kali para pemain Vietnam berjaya mengatasi jepun menerusi pertembungan 1 lawan 1 selain hantaran-hantaran dibuat sangat tersusun rapi walau diberi tekanan tinggi.

Malah, para pemain muda pasukan tersebut juga memiliki keyakinan sangat tinggi ketika bertemu Jepun selain mereka bergerak dalam satu unit baik ketika bertahan atau menyerang dengan tempo cukup tersusun.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN