Pasukan pilihan, Korea Selatan meneruskan cabaran mereka dalam saingan Piala Asia 2019 apabila berjaya menewaskan Bahrain dengan jaringan tipis.
Menurut laman Daily Mail, Korea Selatan terpaksa beraksi dengan berhempas pulas sebelum berjaya menewaskan Bahrain dalam masa tambahan.
Dalam perlawanan yang dikuasai oleh Bahrain pada awal permainan itu, Korea Selatan berjaya juga mendahului hasil jaringan Hwang Hee-chan sejurus sebelum separuh masa pertama tamat.
Gol itu memberikan lebih banyak sebab kepada Korea Selatan untuk menguasai saingan di separuh masa kedua dengan melancarkan lebih banyak serangan.
Namun di penghujung babak separuh masa kedua, Mohamed Saad Al Romaihi menyamakan kedudukan untuk mengikat semula perlawanan dan membawa permainan ke masa tambahan.
Dalam saingan masa tambahan, pemain pertahanan Korea Selatan iaitu Kim Jin-su menjadi wira apabila tandukan terbang beliau berjaya memberikan kemenangan kepada mereka.
Hasil dari kemenangan ini, Korea Selatan bakal bertemu dengan Qatar di peringkat suku akhir selepas pasukan itu berjaya menewaskan Iraq.
Jaringan tunggal dari Bassam Al-Rawi berjaya memberikan kemenangan buat Qatar untuk membawa mereka ke peringkat yang lebih tinggi dalam kejohanan ini.
Bagi bintang Korea Selatan, Son Heung-min beliau bagaimana pun tidak berpuas hati dengan prestasi pasukannya ketik menentang Bahrain.
“Kami patutnya boleh berikan prestasi yang lebih baik.”
“Kami dapat keputusan tetapi persembahan yang diberikan tidak begitu baik tapi ada masanya anda peroleh persembahan yang baik.”