Quantcast

KAJIAN & FAKTA

Piala Asia 2019: Jako Kuasai Senarai Pembekal Jersi Pasukan

Jersi merupakan elemen penting dalam bola sepak. Logo jenama pembekal jersi pasukan mampu mencuri perhatian peminat sukan ini.

Sekiranya jersi itu cantik, sudah pasti peminat akan berusaha mendapatkannya. Piala Asia kali ini menampilkan pelbagai jenama yang dipakai oleh 24 pasukan bertanding kali ini.

Jenama seperti Adidas dan Puma tidak banyak dilihat semasa kempen kali ini. Sebaliknya Jako menjadi pilihan utama kebanyakan pasukan.

Kumpulan A – C

Ali Mabkhout of UAE competes for the ball with Waleed Alhayam of Bahrain during the AFC Asian Cup Group A match between United Arab Emirates and Bahrain. (Photo by Francois Nel/Getty Images)

Kumpulan A menyaksikan tuan rumah Emiriah Arab Bersatu menggunakan Adidas manakala India memakai produk Six5Six, jenama yang kurang dikenali. Thailand dan Bahrain masing-masing menggunakan Warrix dan Macron.

Juara bertahan, Australia yang berada di dalam Kumpulan B masih menggunakan Nike. Jordan pula mengenakan persalinan Joma. Dua pasukan dalam kumpulan ini iaitu Palestin dan Syria memilik Jako.

Kyrgyzstan membuat penampilan sulung dalam Piala Asia 2019 dan menggunakan jersi berjenama Joma. Sumber: Lastly.com

Kumpulan C memperlihatkan penguasaan Nike apabila membekalkan jersi kepada Korea Selatan dan China. Kyrgyzstan memakai jersi dikeluarkan Joma manakala Filipina menggunakan jenama LGR.

Kumpulan D – F

Iran menggunakan jersi Adidas dalam Piala Asia 2019. Sumber: GoogleNews.

Kumpulan D pula menyaksikan Iraq dan Yaman memakai persalinan dibekalkan oleh Jako. Cuma Iran memakai Adidas di samping Vietnam menggunakan Grand Sport.

Tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar memilih Nike sebagai pembekal jersi untuk kempen kali ini. Begitu juga dengan negara jirannya, Arab Saudi.

Lubnan pula memakai Capelli Sport, jenama yang agak asing. Cuma, pasukan Korea Utara tidak diketahui syarikat manakah yang membekalkan kit mereka. Keempat-empat pasukan ini berada dalam Kumpulan E.

Terakhir sekali, Jepun sahaja daripada Kumpulan F yang mengenakan jersi Adidas. 3 pasukan lain yakni Oman, Uzbekistan dan Turkmenistan mempercayai Jako sebagai pengilang persalinan mereka.

Carta jenama

Berikut merupakan carta jenama syarikat pembekal jersi bagi kancah Piala Asia 2019:
Jako – 7 pasukan
Nike – 5 pasukan
Adidas – 3 pasukan
Joma -2 pasukan
Six5Six, Warrix, Macron, LGR, Grand Sport, Capelli Sport, tidak diketahui – 1 pasukan

Kami tinggalkan satu persoalan untuk anda. Jersi pasukan manakah paling cantik dalam Piala Asia kali ini?

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!