RASMI: Benjamin Pavard Sertai Bayern Munich Dengan Perpindahan £31.4 Juta

Pengarah Sukan Bayern Munich, Hasan Salihamidzic mengesahkan bahawa mereka sudah berjaya memeterai perjanjian mendapatkan Benjamin Pavard.

Pemenang Piala Dunia 2018 itu bakal menyertai Bayern Munich pada Julai 2019 dengan kontrak selama 5 tahun. Pavard kini bermain untuk VFB Stuttgart – dan Bayern dilapprkan membayar sekitar £31.4 juta untuk pemain berusia 22 tahun itu.

Dalam kenyataan media ringkas Salihadmidzic menerusi akaun twitter rasmi Bayern Munich, beliau berkata: “Saya boleh mengumumkan bahawa kami berjaya mendapatkan khidmat Benjamin Pavard bermula 1 Julai 2019.”

“Pavard adalah pemain muda dan merupakan pemenang Piala Dunia. Kami sangat berbangga berjaya mendapatkan khidmat pemain seperti beliau.”

Benjamin Pavard menjadi nama yang diberikan perhatian dunia selepas aksi cemerlang dalam Piala Dunia 2018. Beliau kemudian konsisten menjadi bek kanan pasukan Les Bleu di bawah kendalian Didier Deschamps.

Pavard juga boleh beraksi di posisi bek tengah dan memiliki kualiti ketika dengan bola di kakinya.

Selain daripada Pavard, Bayern Munich kini dalam usaha membawa bintang muda Chelsea, Callum Hudson-Odoi. Ini selepas Franck Ribery dan Arjen Robben semakin menuju ke hari terakhir karier mereka di Bayern.

Salihadmizic berkata: “Beliau [Hudson-Odoi] pemain yang sangat menarik dan kami sangat mahukan beliau. Beliau ada kualiti yang sesuai dengan corak permainan kami. Beliau boleh menggelecek serta mampu menjaringkan gol. Beliau ada banyak potensi.”

Namun begitu buat masa ini Chelsea enggan melepaskan pemain muda itu. Mereka menolak beberapa bidaan yang dihantar oleh Bayern Munich sebelum ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN