India akhirnya memperoleh kemenangan pertama sejak hampir 55 tahun dalam saingan Piala Asia selepas berjaya menundukkan Thailand 4-1 pada perlawanan yang berlangsung di Al Nahyan Stadium, malam tadi.
Di sebalik kelebihan penguasaan bola dimiliki Thailand, ia langsung tidak mematahkan semangat India untuk mencipta peluang jaringan yang diharapkan.
Skuad bimbingan Stephen Constantine itu berjaya membuka tirai jaringan menerusi penyerang berbisa mereka, Sunil Chhetri pada minit ke-27 hasil sepakan penalti.
Sepakan penalti itu diberikan selepas bola didakwa terkena tangan pertahanan Thailand, Theerathon Bunmathan susulan percubaan Ashique Kuruniyan yang ditepis Chatchai Budprom.
Kegembiraan India hanya bertahan enam minit sahaja apabila Teerasil Dangda menanduk masuk bola berpunca daripada sepakan percuma yang diambil Theerathon untuk kembali menyamakan kedudukan.
Memasuki babak kedua, India memperkemaskan dan hanya memerlukan seminit untuk kembali mendahului.
Chhetri sekali lagi meletakkan nama selaku penjaring setelah pemain berusia 34 tahun itu meledakkan rembatan dalam kawasan penalti yang gagal dihalang Chatchai.
Lebih manis buat Sunit Chhetri apabila beliau berjaya memecahkan rekod jaringan antarabangsa yang dicipta Lionel Messi.
8⃣5⃣ @Cristiano 🇵🇹
6⃣6⃣ @chetrisunil11 🇮🇳
6⃣5⃣ @TeamMessi 🇦🇷Sunil Chhetri scores his 66th with India to overtake Lionel Messi becoming the active player with the 2nd most international goals 👏 pic.twitter.com/4EaDP8IeqK
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) January 6, 2019
India terus menyalakan impian menggunung bagi mencatatkan kemenangan pada perlawanan ini apabila menambah jaringan ketiga pada minit ke-68.
Anirudh Thapa melihat Chatchai sedikit terkeluar dari kawasan gol beliau, membuat keputusan bijak dengan melakukan percubaan lambung yang memerangkap penjaga gol dan pertahanan Thailand.
Luka Thailand kembali berdarah apabila Jeje Lalpekhlua menambah jaringan keempat pada minit ke-80 untuk menamatkan sisa perjuangan anak buah Milovan Rajevac itu.
Foto: AFC